KUALA LUMPUR, 31 JANUARI 2023 – TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI, DATUK SERI DR SHAMSUL BIN NASARAH, hadir bagi meraikan majlis Malam Gala Tayangan Perdana FILEM AKSI COAST GUARD MALAYSIA: “OPS HELANG” yang dihasilkan khusus bagi memberi sokongan kepada Pasukan Maritim Malaysia dalam perjuangan mempertahankan sempadan lautan tanah air. Filem yang mendapat kerjasama daripada AGENSI PENGUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA (APMM) ini telah berjaya dihasilkan dengan mengangkat operasi “OPS HELANG” buat pertama kali dalam sejarah perfileman industri seni negara. Read more →
Tag: Adlin Aman Ramlie
(HIBURAN) MALBATT Misi Bakara Filem Termahal Dalam Sejarah Bakal Mengangkat Perjuangan Wira Sebenar
Kuala Lumpur, 10 September 2022 – Ketika suasana perfileman tempatan negara semakin hangat sebuah Majlis Pelancaran dan Sidang Media Malbatt Misi Bakara telah diadakan di Berjaya Times Square Hotel. Buat kali pertama klip promosi filem ini dipertontonkan kepada rakan media dan barisan pelakon filem telah diperkenalkan. Satu sesi temubual diadakan bersama pengarah filem iaitu Adrian Teh dan barisan pelakon seperti Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Bront Palarae, Zahiril Adzim, Hairul Azreen, Iedil Dzuhrie, Syazwan Zulkifly, Shaheizy Sam, Nafiez Zaidi, Dafi Ismail Sabri, Taufiq Hanafi, Ikhram Juhari, Safwan Nazri, Gambit Saifullah dan Theebaan G. Read more →