Tag: astro

(HIBURAN) sooka Serba Baharu Tawar Harga Menarik Serendah RM14.90 Sebulan serta Lebih Banyak Kandungan untuk Memberikan Nilai Kepada Pelanggan

KUALA LUMPUR, 2 DISEMBER 2023 – sooka, khidmat penstriman terkemuka Malaysia telah melancarkan pek serba baharunya dengan harga promosi yang menarik, ciri-ciri baharu dan lebih banyak kandungan. Semua rakyat Malaysia boleh menonton sebahagian kandungan sooka secara PERCUMA, seperti pratonton acara sukan langsung & hiburan, serta saluran terpilih. Namun keterujaannya bermula apabila para pelanggan mendaftar untuk salah satu pakej kandungan fleksibel sooka termasuk pakej 24-Hour, Entertainment, Liga Malaysia + Entertainment, All Sports + Entertainment dan Premium, bermula pada harga serendah RM12.90. Untuk meraikan pelancaran cara-cara baharu untuk menikmati kandungan sooka, rakyat Malaysia dijemput untuk menonton kesemua kandungan sukan SECARA LANGSUNG di sooka secara PERCUMA sepanjang 2 dan 3 Disember. Read more →

(HIBURAN) ‘Bukalah Hati’ Keindahan Pasti Menanti – Astro raikan kemuliaan Ramadan dengan sajian rancangan hiburan berilmiah yang dipenuhi pengisian bermakna.

Mengangkat tema ‘Bukalah Hati’, syarikat penyiar dan penstriman utama negara menyambut ketibaan bulan Ramadan dengan pelbagai sajian hiburan yang merangkumi variasi genre termasuk Islamik, ilmiah serta pengisian kandungan hiburan yang bakal memenuhi keperluan para pelanggan Astro dalam menunaikan ibadah puasa bersama keluarga dan sahabat handai. Read more →

(HIBURAN) KRISHEN JIT FUND MENGANUGERAHKAN 6 GERAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA YANG LUAR BIASA

KUALA LUMPUR, 2 Disember 2022Astro dengan kerjasama Creador Foundation dan Five Arts Centre telah menganugerahkan enam geran bernilai RM57,000, antara RM5,000 hingga RM15,000 melalui Krishen Jit Fund kepada rakyat Malaysia yang kreatif. Read more →

(HIBURAN) ASTRO ORIGINALS PERSEMBAHKAN DRAMA PREMIUM DIINSPIRASIKAN DARIPADA PERISTIWA YANG BERLAKU DI MALAYSIA, ‘ONE CENT THIEF’

Kuala Lumpur, 4 Oktober 2022 – Astro Originals mempersembahkan sebuah drama premium terbaru, ‘One Cent Thief’ yang diinspirasikan daripada peristiwa sebenar yang pernah menggemparkan Malaysia dan masih diperkatakan sehingga kini, dan kemudian diolah menghasilkan sebuah jalan cerita baru dengan diselitkan nilai komersial untuk tontonan.  One Cent Thief mengisahkan tentang Iman Shah seorang pekerja bank yang terdesak untuk membiayai kos rawatan serta melangsaikan hutang abahnya kepada ceti haram. Dengan menggunakan kepintarannya, dia telah  menggodam sistem Bintang Bank untuk mencuri satu sen dari setiap akaun pelanggan bank dan berjaya mendapatkan jumlah wang yang besar. Read more →

(HIBURAN) STRIM 190 PROGRAM ISTIMEWA SEPANJANG SYAWAL DI ASTRO

Tema ‘Semangat Lebaran Kita’ telah diangkat untuk menerajui Kempen Ramadan Raya Astro 2022 bersesuaian dengan transisi kita ke fasa endemik dan pembukaan semula negara secara selamat, yang membolehkan kita kembali semula kepada rutin yang hampir normal setelah dua tahun berperang dengan pandemik Covid 19. Read more →