Tag: BOCIK

(HIBURAN) Bintang Mencari Bintang : BOCIK, ACHEY, TAPAW & TITAN MARA KE KONSERT AKHIR

Titan, Bocik, Achey & Tapaw berentap di konsert akhir BMB

Selepas hampir 3 bulan berentap di pentas Bintang Mencari Bintang (BMB), akhirnya hanya tinggal Bocik & Bowl (Afdlin Shauki), Achey (Harun Salim Bachik), Tapaw (Faizal Ismail) dan Titan (Sabri Yunus) untuk merebut tiket ke Konsert Akhir BMB yang bakal berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada 23 Jun 2013. Konsert separuh akhir ke-3 BMB menyaksikan Bocik, Achey, Tapaw dan Titan melangkah ke peringkat akhir sekaligus berentap untuk merangkul gelaran juara BMB dan hadiah wang tunai sebanyak RM 200,000. Read more →

(HIBURAN) Bintang Mencari Bintang – ‘AJO TERSINGKIR ‘

Ajo (Faizal Ismail) tersingkir pada konsert separuh akhir pertama apabila mendapat markah terendah

Keputusan separuh akhir pertama telah meletakkan Achey (Harun Salim Bachik) sebagai juara mingguan dengan markah tertinggi sebanyak 67.4 dan diikuti oleh Bowl (Afdlin Shauki) 63.6 markah, Titan (Sabri Yunus) 63.0 markah, Bocik (Afdlin Shauki) 56.3 markah dan Tapaw (Faizal Ismail) 54.7 markah. Manakala Ajo anak didik kepada Faizal Ismail terpaksa meninggalkan pentas BMB apabila meraih markah terendah sebanyak 53.0 markah. Read more →

(HIBURAN) BINTANG MENCARI BINTANG : KONSERT KE-3 KUMPULAN B

Anak didik Kump. B pada konsert ke-3 BMB

Persembahan yang diingati sudah pasti keunikannya dan keberkesannya dalam menarik penonton bersama-sama ke alam persembahan mereka. Begitulah corak persembahan yang perlu dilakukan oleh anak didik Kumpulan B yang diwakili BOCIK (Afdlin Shauki), XOXO (Harun Salim Bachik), GEGAU (Senario), AJO (Faizal Ismail), TITAN (Sabri Yunus) dan AWOK (Raja Azura) dalam konsert ketiga minggu lalu. Read more →