Tag: Ceria Superstar

(HIBURAN) “THE GLAMS GIRLS” juara Ceria Superstar musim ke 2

IMG_4514

Kembara perjalanan yang jauh dari Utara tanah air membuahkan hasil buat kumpulan “THE GLAMS GIRLS”  apabila dinobatkan sebagai juara Ceria Superstar musim ke 2 yang telah disiarkan secara langsung dari Studio 1, Astro, Kuala Lumpur. Kumpulan tarian cilik yang dianggotai oleh 5 anak kecil yang berusia dalam lingkungan 10 hingga 12 tahun ini terdiri daripada Puteri Nur Aliaa, Emisya Alias, Syarifah Nur Hayati, Nur Afriena Athirah dan Hazdiba Aziz ini telah merangkul hadiah wang tunai RM20,000 berserta trofi dengan mengalahkan kumpulan ZEPPO YOUNGSTERZ CREW pada peringkat “battle” terakhir. Read more →

(HIBURAN) Astro Menghimpunkan 119 Program Menarik Sempena Aidil Fitri

IMG_7698Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, pihak Astro dengan berbesar hati meneruskan tradisi dalam menghimpunkan variasi program istimewa khusus buat tontonan semua lapisan penonton. Bertemakan ” Eratkan Jalinan-Satu Ikatan , Ribuan Kemungkinan”. Sebanyak 119 buah program menarik termasuk 37 buah program baru bakal memeriahkan musim perayaan ini di rangkaian 10 buah saluran Melayu Astro yang terpilih. Sepuluh saluran yang bakal menyiarkan programm terbaik itu adalah Astro Ria (104), Astro Prima (105), Astro Oasis (106), Astro Citra (131), Astro Warna (132), Astro Ceria (611), Bintang (141) dan Pelangi (142). Read more →