Tag: Di

(HIBURAN) Khairy Jamaluddin Curi Tumpuan di Shout Awards 2013

MERE5119gmo

Tamat sudah majlis anugerah berprestij Shout! Awards 2013. Kejutan terbesar kali ini apabila Menteri Belia & Sukan, Yang Berhormat Khairy Jamaluddin telah berjaya mencuri tumpuan rakyat Malaysia dengan memenangi trofi Wired Celebrity Award. Khairy Jamaluddin yang aktif di laman sosial terutama Twitter telah menjadikan beliau bukan saja seorang yang bergelar menteri, malah kini boleh dianggap sebagai seorang selebriti. Joe Flizzow pula dianugerahkan dengan The Ultimate Shout! Awards diatas usaha beliau mengembangkan sayap genre muzik Hip-Hop manakala penyanyi berbakat besar, Hafiz Suip pula mendominasi dua anugerah dengan trofi Popstar Award dan juga trofi Power Vocal Award. Penampilan khas bekas vokalis kumpulan Westlife, Shane Filan pula menutup majlis anugerah gilang-gemilang ini. Read more →

(HIBURAN) FIVE MINUTES PROMOSI ‘GALAU’ DI KUALA LUMPUR

5minutes
Kumpulan dari Indonesia yang menamakan diri mereka ‘Five Minutes Band” yang popular dengan lagu “Galau” kini berada di Malaysia dalam rangka lawatan promosi album single mereka.  5 Minutes Band sempat mempersembahkan lagu-lagu mereka pada majlis pelancaran album mini tersebut di Hard Rock Cafe, Rabu lalu. Kenapa bergelar 5 minutes? Menjawab soalan itu kata mereka, “ia disebabkan kumpulan kami bertemu dan ditubuhkan kurang daripada lima minit.” Read more →

(HIBURAN) “Malam Penuh Bermisteri” filem 3D seram beranimasi pertama di Malaysia

For Magazinecropsmall

MALAM ialah sebuah cerita yang mempaparkan kisah benar dengan subject positif.
Ia mengisahkan tentang seorang gadis university yang kaya & cantik ( Lisa) yang telah
menghilangkan diri dan ayahnya (Dato’ Rahim) seorang VIP yang terkenal risau apabila
anaknya tidak pulang ke rumah seperti biasa. Read more →

(SEMASA) Antabax Persembahkan ‘Lat-Tali-Lat’, Rancangan Mainan Mempromosikan Semula Permainan Tradisional dan Pupuk Tabiat Kebersihan

IMG_0168

‘Lat-Tali-Lat-Tali-Tam-Plom’ – masihkah anda ingat ungkapan yang biasa didengar pada zaman kanak-kanak anda? Malangnya, di zaman digital yang penuh dengan telefon pintar, tablet dan komputer riba serta permainan interaktifnya, kanak-kanak nampaknya semakin lupa akan permainan tradisional warisan budaya. Antabax, rangkaian sediaan jaga diri antibakteria yang dipercayai dan inovatif serta menyediakan perlindungan 24 jam terhadap 99.9% kuman, telah mengambil inisiatif bagi memperkenalkan semula permainan tradisional Malaysia kepada kanak-kanak menerusi satu rancangan realiti. Read more →

(SEMASA) BlackBerry Z30 diperkenalkan secara rasminya di Malaysia

DSC_0693gmo

Secara rasminya BlackBerry Z30 diperkenalkan kepada pihak media di majlis pelancaran  yang telah berlangsung di Westin Hotel Kuala Lumpur.  Setelah pelbagai ura-ura sebelum ini, pihak BlackBerry Malaysia telah pun melancarkan telefon pintar terbaru mereka, BlackBerry Z30 yang mana diperkenalkan buat pertama kali secara rasmi di dunia. Malaysia menjadi negara pertama di dunia yang dipilih untuk pelancaran telefon pintar terbaru ini. Read more →