Tag: Festival

(HIBURAN) LAGI NAMA-NAMA BESAR BAKAL MUNCUL DI FESTIVAL ROCKAWAY YANG KEDUA PADA 19 NOV

rockaway-2016s-small-line-up-reveal-featuring-oag-one-buck-short-muzzas-mayhem-son-of-a-policeman-hujan-awie-zainal-abidin-and-dato-david-augumugam 

KUALA LUMPUR: Jumlah penghibur di Festival Rockaway kedua yang akan berlangsung pada 19 Nov di Extreme Park, Bukit Jalil semakin bertambah. Penganjur festival, The Livescape Group, hari ini mengumumkan yang kumpulan Deja Voodoo Spells dengan menampilkan Bumblefoot (bekas anggota Guns N’ Roses) dan The 11-Piece Book of Spells Orchestra, Pop Shuvit menampilkan Dave Kennedy (bekas anggota Angels & Airwaves), Kyoto Protocol menampilkan Man Bai dan kumpulan indie Singapura, Force Vomit turut bakal menghiburkan para peminat yang hadir di festival yang akan diadakan ini. Read more →

(HIBURAN) KIL Bertanding di Festival Filem Asia Osaka 2014

KILsmall

KIL, sebuah ko-produksi Grand Brilliance dan Flux Visual Lab yang dipersembahkan oleh Primeworks Studios, telah bertanding di Festival Filem Asia Osaka semalam. Filem tersebut telah mengambil bahagian dalam pertandingan utama festival filem itu untuk memenangi anugerah ‘Grand Prix’. KIL juga telah bertanding untuk Anugerah ABC, sebuah seksyen pertandingan di festival tersebut yang ditaja oleh Asahi Broadcasting Corporation (ABC). Read more →

(HIBURAN) DRAMA FESTIVAL KUALA LUMPUR (DFKL)

gmo

Sempena ulangtahun yang ke-30, stesen televisyen nombor satu tanah air, TV3 bersama TV9 akan mempersembahkan festival drama yang pertama dan terbesar iaitu DRAMA FESTIVAL KUALA LUMPUR (DFKL) pada tahun hadapan. Acara yang julung kali diadakan ini bakal melibatkan seterusnya menghubungkan karyawan industri kreatif termasuklah pengarah, penulis skrip, sinematografer, pelakon dan pengacara dari amatur hinggalah ke profesional. Read more →

(HIBURAN) Gandingan Eksklusif Guba & Yuna Di Adelaide Festival Centre September Ini

GubaYuna Pix Studiogmo

Gabriel Robert Rawantas, atau lebih dikenali sebagai Guba di kalangan masyarakat Malaysia, telah dipilih oleh Adelaide Festival Centre untuk membuat persembahan di Festival OzAsia 2013. Festival OzAsia yang dianjurkan oleh Adelaide Festival Centre adalah acara tahunan yang diadakan pada bulan September selama dua minggu. Acara ini menyajikan persembahan kebudayaan oleh para karyawan Australia yang berasal dari negara Asia, dalam usaha untuk mengetengahkan warisan budaya Asia. Persembahan kebudayaan yang akan berlangsung selama 2 minggu meliputi perlbagai macam persembahan, seperti teater, tarian, muzik, filem, saster, seni visual, seni kreatif, dan sajian makanan. Setiap tahun, Festival OzAsia akan meilih satu negara Asia sebagai tema utama. Untuk tahun 2013 ini, Malaysia telah diberi penghormatan untuk menjadi tema inspirasi Festival OzAsia. Read more →