Tag: Drama

(HIBURAN) Drama Hit Amerika – The Neighbors di NTV7

 image001

Dalam dunia serba moden kini, kehidupan bermasyarakat semakin kian pudar. Tidak hairan jika jiran sebelah menyebelah saling tidak mengenali atau bertegur sapa di antara satu sama lain. Malah asal-usul, nama dan status sebenar jiran anda sesuatu yang anda tidah pernah ambil kisah. Oleh kerana itu jugalah anda tidak boleh menolak bahawa jangan-jangan anda berjiran dengan makhluk asing. Inilah idea yang dibawa ke kaca televisyen oleh pengarah terkenal, penerbit dan juga penulis skrip lakon layar, Dan Fogelman – yang juga merupakan insan penting di sebalik penghasilan filem seperti Cars, Tangled dan Crazy, stupid Love yang kini membawakan sebuah sitkom komedi hebat dengan konsep menarik, “The Neighbors”,  yang telah menjadi siri hit dengan pantas . Read more →

(HIBURAN) Filem “Jangan Pandang Belakang Boleh?”…mampu sekali lagi cipta sejarah ?

JPBB migcropSMALL

Masih ingatkah dengan filem ‘Jangan Pandang Belakang’ ? Filem yang pernah menjadi fenomena pada tahun 2007 apabila membuat kutipan panggung mencecah RM6.5 juta telah di parodikan menerusi filem keluaran ke 89 MIG iaitu ‘Jangan Pandang Belakang boleh?’.  Filem seram komedi ‘Jangan Pandang Belakang Boleh?’ ini mengambil latarbelakang filem terkenal  ‘Jangan Pandang Belakang’  disekitar Kuala Kangsar , Perak dan bakal ditayangkan pada 31 Januari 2014 ini. Filem ini membariskan para pelakon seperti  Zalif Sidek, Shima Anuar, Adiba Yunus, Epy Kodiang, Kazaruddin Saisi dan Ruminah Sidek. Berdasarkan pemerhatian pada sidang tayangan perdana media yang bertempat di Premium X, One City Mall, USJ, filem keluaran terbaru MIG ini mampu menarik minat penonton berdasarkan genre komedinya dan jalan cerita yang seram santai tetapi kelakar. Read more →

(HIBURAN) LANGKAH KANAN MIG DI TAHUN 2014

Mig2014-1

Jika disebut nama David Teo, dia amat sinonim dengan petikan pantun dalam bentuk 2 rangkap setiap kali mengakhiri ucapan setiap majlis atau malam tayangan perdana setiap filem keluaran MIG. Seorang ahli perniagaan merangkap penerbit/ketua pegawai eksekutif Metrowealth (MIG) tidak penah lokek dengan senyuman setiap kali beramah mesra dengan tetamu, rakan media dan juga peminat-peminat tegar filem keluaran syarikat MIG dan seringkali bersikap optimis terhadap cabaran dalam dunia penerbitan filem dan drama di Malaysia. Jika penerbit-penerbit lain bersikap berhati-hati dalam penerbitan atau pembuatan filem, Mejar (K) David Teo senangtiasa yakin dengan hala tuju penerbitan syarikat beliau iaitu Metrowealth (MIG). Read more →

(HIBURAN) Drama Aksi Terbaru ‘Jiwa’ Menampilkan Kamal Adli, Remy Ishak & Faizal Hussein Mulai 5 Februari

DEX_7227

Menyusul selepas drama siri ‘Aku’ di slot Aksi, sebuah drama rantaian 14 episod berjudul ‘Jiwa’ terbitan produksi Filmscape Sdn Bhd menampilkan gandingan pelakon-pelakon hebat iaitu Kamal Adli, Remy Ishak, Faizal Hussein, Siti Elizad, Liza Shadan dan Sheila Mambo. ‘Jiwa’ merupakan hasil garapan dua sutradara iaitu Kabir Bhatia dan Nurhanisyam Muhammad (Labu) serta nukilan skrip oleh Fairul Nizam. Read more →

(HIBURAN) ANTARA CINTA DAN CITA-CITA DALAM DRAMA BERSIRI KOREA “SUNGKYUNKWAN SCANDAL”

Sungkyunkwan Poster

Berita baik buat peminat drama bersiri Korea di ntv7, sebuah lagi judul baru Sungkyunkwan Scandal bakal menemui mereka bermula 23 Oktober (Rabu) ini setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 12.00 tengah hari. Lebih mengujakan adalah drama bersiri itu merupakan pertama kalinya bersiaran di saluran tidak berbayar Malaysia dan tetap mengekalkan audio dalam versi Korea. Read more →