Tag: Faizal Hussein

(HIBURAN) Drama Aksi Terbaru ‘Jiwa’ Menampilkan Kamal Adli, Remy Ishak & Faizal Hussein Mulai 5 Februari

DEX_7227

Menyusul selepas drama siri ‘Aku’ di slot Aksi, sebuah drama rantaian 14 episod berjudul ‘Jiwa’ terbitan produksi Filmscape Sdn Bhd menampilkan gandingan pelakon-pelakon hebat iaitu Kamal Adli, Remy Ishak, Faizal Hussein, Siti Elizad, Liza Shadan dan Sheila Mambo. ‘Jiwa’ merupakan hasil garapan dua sutradara iaitu Kabir Bhatia dan Nurhanisyam Muhammad (Labu) serta nukilan skrip oleh Fairul Nizam. Read more →

(HIBURAN) Balada Pencinta Mengalun 24 Oktober Ini

image003cropsmallcrop

Alunan irama cinta akan berkumandangan mulai 24 Oktober ini dengan filem nantian ramai keluaran Grand Brilliance, Balada Pencinta yang dibarisi pelakon-pelakon handalan industri termasuk Johan As’ari, Siti Saleha, Sein Hussein, Azhan Rani, Norisz Ismail, Miera Liyana, Iedil Putra, dan penampilan khas Faizal Hussein. Read more →

(HIBURAN) Filem Gila – Gila Remaja 2 bernafas baru

523603_326327720774718_483625774_ngmoMasih ingatkah telatah ROY, REMY, KUZI, CHIN, DAN RAVI?? apabila mengurat wanita di perhentian bas yang akhirnya terbongkar rahsia apabila wanita yang dikacau mereka itu adalah cikgu baru di kolej mereka . Filem sensasi tersebut merupakan sebuah filem remaja Malaysia yang ditayangkan pada tahun 1985 dan diarahkan oleh Hussein Abu Hassan/Naga serta diterbitkan oleh Shah Film Productions. Filem yang mengisahkan seorang remaja nakal, Azroy bin Azlan (dipangil Azroy atau Roy) telah jatuh cinta pada seorang gadis pelajar baru bernama Suziana (Rehana Yassin) atau lebih mesra dengan panggilan Suzi dikalangan teman dan keluarga serta Roy (Faizal Hussein) dan kumpulannya telah terlibat dalam satu pergaduhan dengan kumpulan lain iaitu kumpulan “Gagak Hitam”. Jika pada tahun 1985, motif asal penerbitan filem itu adalah untuk mengetengahkan bakat-bakat muda baru antaranya Faizal Hussein dan Rosham Nor, maka motif asal itu juga lah menjadi asas pembikinan semula filem Gila – Gila Remaja 2, cuma kelainan yang cuba ditonjolkan ialah jalan ceritanya tetapi mengekalkan  konsep filem untuk golongan remaja . Filem yang menelan belanja hampir RM1.4 juta ini mengambil masa 28 hari untuk disiapkan dan dibarisi oleh artis-artis generasi baru seperti  Hairul Azreen , Faralyna Idris, Hanis Kamal, Taiyuddin Bakar serta disokong oleh pelakon-pelakon berpengalaman seperti Fizz Fairuz dan Satiya disamping penampilan istimewa Faizal Hussein.  Filem ini adalah arahan Naga (F.D.A.M) yang telah menerbit sebanyak 20 filem Melayu termasuk Gila-Gila Remaja (1985). Filem Melayu lain arahannya ialah Ghazal untuk Rabiah, Getaran dan Iskandar. Filem ini akan mula ditayangkan pada 21 Mac 2013 di seluruh pawagan di seluruh negara. Read more →

(HIBURAN) “Bunohan” terbaik ….

IMG_0205smallGMOSeperti yang dijangka oleh ramai peminat filem tanah air, filem Bunohan diangkat sebagai pemenang Anugerah Filem Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-25 (FFM-25) yang telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya malam tadi. Kejayaan ini dilengkapi dengan kemenangan-kemenangan lain seperti  Anugerah Pengarah Filem Terbaik melalui sutradaranya  Dain Iskandar Said manakala Faizal Hussein dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik selain anugerah  Cerita Asal Terbaik dan Lakon Layar Terbaik.  Read more →