Senario kutipan yang tidak menentu kebelakangan ini bukan penghalang buat penggiat filem kita terus berkarya dalam memartabatkan industri perfileman tanah air. Dalam kerancakan penggiat filem tempatan menghasilkan pelbagai filem komersial, tidak banyak naskhah yang mengangkat tema budaya dan kemasyarakatan yang sepatutnya menjadi teras identiti filem Malaysia. Atas kesedaran itu, pendatang baru dunia perfileman, Business Leader Film Production Sdn Bhd menyahut cabaran itu dengan menampilkan kelainan menerusi filem cereka sulung mereka berjudul Laga.
Tag: Filem
(HIBURAN) Filem “Kisah Paling Gengster”
Sinopsis :
Remy (Shaheizy Sam) bekerja sebagai seorang paramedik yang pendiam, pemalu dengan perempuan, dan sentiasa dibuli oleh rakan sekerjanya. Pada masa yang sama, seperti ramai pemuda lain, dia juga kesempitan wang. Pendek kata: Remy seorang loser. Sehinggalah hari Remy selamatkan nyawa seorang ketua kongsi gelap bernama Megat. Sebagai balasan, Megat menawarkan peluang kepada Remy untuk menganggotai kumpulannya, tetapi Remy menolak. Namum setelah diugut, Remy akhirnya terpaksa menurut. Kalau dulu Remy seorang loser kini dia bangkit semula sebagai seorang gangster… lantas terjerumus ke dalam sebuah dunia gelap, tanpa jalan keluar… Read more →
(HIBURAN) “Malam Penuh Bermisteri” filem 3D seram beranimasi pertama di Malaysia
MALAM ialah sebuah cerita yang mempaparkan kisah benar dengan subject positif.
Ia mengisahkan tentang seorang gadis university yang kaya & cantik ( Lisa) yang telah
menghilangkan diri dan ayahnya (Dato’ Rahim) seorang VIP yang terkenal risau apabila
anaknya tidak pulang ke rumah seperti biasa. Read more →
(HIBURAN) Sidang Media dan Prebiu Filem “Dampak”
ong ini, menampilkan pelakon- pelakon A- List Malaysia seperti Aaron Aziz dan Farid Kamil, serta bintang bintang paling popular di tanahair iaitu Intan Ladyana, Cat Farish, Juliana Evans dan Scha Alyahya. Filem ini juga dibintangi oleh pelakon, model dan penggiat seni mempertahankan diri berbangsa Cina, Michael Chin. Filem “Dampak” yang amat dinantikan ini akan ditayangkan di pawagam pawagam serantau negara dari 19hb September 2013. (more…)
(HIBURAN) Pelancaran Lagu Tema Filem “VIKINGDOM” Dendangan Kumpulan MOJO
Kumpulan yang terkenal menerusi lagu Andaiku Bercinta Lagi, MOJO telah diberi penghormatan besar oleh pihak KRU Studios untuk menyampaikan lagu tema filem Vikingdom berjudul Dark Clouds. MOJO merupakan sebuah ‘Super-Band’ yang terdiri daripada Aweera (bekas finalis OIAM) selaku vokalis utama, penampilan istimewa komposer/penerbit ternama, Edry sebagai pemain synthesizer, Denny selaku gitaris (pemuzik undangan studio dan pentas berpengalaman), dan pemain drum, Johar (anggota kumpulan Tilu dan bekas beberapa kumpulan Indie). Demi untuk mengeksplorasi visi muzik masing-masing, 4 pemuzik serba berpengalaman telah bergabung untuk menubuhkan sebuah kumpulan ‘Super-Band’ yang mempertaruhkan konsep ‘Synth-Rock’ sebagai identiti. Read more →





