Tag: Hilang

(HIBURAN) Pelancaran Album Terbaru Jaclyn Victor “Ikut Rentakku”

DSC_0412gmoJaclyn Victor merupakan sebuah nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi di dalam industri muzik tanah air. Pelbagai kejayaan demi kejayaan yang berjaya di rangkul beliau bukan sahaja mengharumkan namanya di Malaysia, malah dipersada antarabangsa. Bintang Malaysian Idol 2004 ini bermula dengan konsisten dan turut mempunyai 4 buah album terdahulu di dalam tempoh 9 tahun pembabitan beliau bergelar anak seni. Di antara album-album tersebut ialah seperti “Gemilang”, “Inilah Jac”, “Jaclyn Victor 3” dan “3 Suara”. Nyanyian Sedetik Lebih (Anugerah Juara Lagu 27) merupakan pencetus utama kepada kerjasama erat yang terjalin di antara syarikat rakaman KRU Muzik dan Jaclyn Victor. Susulan daripada itu, tercetus idea stratergik untuk menghasilkan album yang ke-5 buat Jaclyn Victor. Read more →