(HIBURAN) Pelancaran Album Terbaru Jaclyn Victor “Ikut Rentakku”

Spread the love

DSC_0412gmoJaclyn Victor merupakan sebuah nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi di dalam industri muzik tanah air. Pelbagai kejayaan demi kejayaan yang berjaya di rangkul beliau bukan sahaja mengharumkan namanya di Malaysia, malah dipersada antarabangsa. Bintang Malaysian Idol 2004 ini bermula dengan konsisten dan turut mempunyai 4 buah album terdahulu di dalam tempoh 9 tahun pembabitan beliau bergelar anak seni. Di antara album-album tersebut ialah seperti “Gemilang”, “Inilah Jac”, “Jaclyn Victor 3” dan “3 Suara”. Nyanyian Sedetik Lebih (Anugerah Juara Lagu 27) merupakan pencetus utama kepada kerjasama erat yang terjalin di antara syarikat rakaman KRU Muzik dan Jaclyn Victor. Susulan daripada itu, tercetus idea stratergik untuk menghasilkan album yang ke-5 buat Jaclyn Victor.

Jaclyn Victor HiRessmall

Bagi menyemarakkan tahun 2013, Jaclyn Victor sekali lagi tampil dengan album terbaru berjudul IKUT RENTAKKU dan album ini juga merupakan album sulung beliau di bawah syarikat rakaman KRU Muzik.

Menariknya IKUT RENTAKKU memuatkan 8 buah lagu hebat secara keseluruhannya dan antaranya ialah seperti Sebelah Jiwaku, Jagalah Diri (lagu tema filem, ”29 Februari”), Ikut Rentakku, Magical Moment, sebuah lagu istimewa yang dililhamkan bersama Edry dan Shawn Rivera, nyanyian duet Jac dan Az Yet (sebuah kumpulan vokal yang amat terkenal pada tahun 90-an) Senafas Baru, Bersama Kamu, Hilang, dan rakaman istimewa Sedetik Lebih.

Selain daripada senarai lagu hebat dan kelantangan vokal Jaclyn Victor, sudah pasti terdapat kelainan dari segi susunan muzik dengan sentuhan berbisa komposer Edry Abdul Halim (penulis dan pencipta lagu tersohor tanah air). KRU Muzik juga yakin album IKUT RENTAKKU mampu dipasarkan secara meluas melalui pasaran fizikal dan digital tempatan sekaligus menarik minat umum untuk memiliknya.

Jaclyn Victor mempertaruhkan “Ikut Rentakku” sebagai single terbarunya bersama KRU Muzik (selepas “Sebelah Jiwaku” dan “Jagalah Diri”) dan single tersebut telah pun mula diputarkan di stesyen-stesyen radio tanah air dengan respon yang sangat positif.

JACQsmall

KRU Muzik juga mempunyai perancangan untuk menghasilkan muzik video “Ikut Rentakku” dan proses penggambaran muzik video terbabit dijadualkan bermula tidak lama lagi.

Album IKUT RENTAKKU telah pun dipasarkan secara digital di iTunes, YouTube dan Ring Back Tone di semua syarikat telekomunikasi dan akan di pasarkan secara fizikal di seluruh cawangan Speedy, Music Valley dan Rock Corner berhampiran anda bermula pada 28 Jun 2013. Peminat juga boleh membeli album melalui United Studios Facebook. Album IKUT RENTAKKU dijual dengan harga RM29.90.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *