Kuala Lumpur, 22 September 2022 – Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-31, Kabir Bhatia kembali dengan sentuhan terbaru menerusi filem genre seram Talbis Iblis, terbitan oleh gabungan penerbit hebat tanah air, Infinitus Gold, Astro Shaw, Jazzy Pictures (M), A Next Start Production dan MM2 Entertainment bermula 20 Oktober ini di seluruh pawagam Malaysia. Terdahulu, karya ini menjadi filem kedua dari Malaysia yang mengadakan Tayangan Perdana Dunia dan di senarai pendek di Far East Film Festival Ke-24 di Udine, Itali pada April lalu. Selain itu, filem ini turut mengadakan tayangan perdana di Bucheon International Fantastic Film Festival 2022 ke-26 dan Neuchâtel International Fantastic Film Festival 2022 ke-21. Read more →
Tag: Kabir Bhatia
(HIBURAN) TANAH MERAH – MISTERI TRAGEDI DAN CINTA di NTV7
Bermula 4 April ini, stesen Saluran Ceria Anda itu bakal menyiarkan sebuah drama bersiri Melayu urban berjudul Tanah Merah daripada penerbit tersohor, Kabir Bhatia setiap hari Khamis jam 8.30 malam di ntv7. Drama 13 episod itu membariskan pelakon muda berbakat, Aishah Hoo sebagai teraju utama serta barisan pelakon hebat lain seperti Wan Raja, Norman Hakim, Hakim Yazid, Nazeera Sardi, dan Zara Zya yang berkisar tentang misteri di sebalik sebuah tragedi dan cinta. Read more →
(HIBURAN) ” Sembunyi: Amukan Azazil ” karya seram pertama Kabir Bhatia
“Sembunyi : Amukan Azazil” merupakan filem seram arahan pertama sutradara Kabir Bhatia. Karya yang pada mulanya menggunakan judul ” Azazil ” bakal menjengah ke panggung pada 28 Mac 2013 setelah sekian lama diperam oleh pihak produksi Grand Brilliance dan Filmscape ini. Filem yang mengambil masa 26 hari untuk disiapkan dan dibuat pada bulan Ramadhan ini membariskan pelakon hebat Remy Ishak, Diana Danielle, Umie Aida, Sharnaaz Ahmad, Fizo Omar, Sara Ali dan Emelda Rusmila, filem ini bakal menjadi menyuntik nafas kualiti baru dalam filem genre seram industri perfileman tempatan. Filem yang menelan belanja RM1.8 juta ini merupakan filem pertama gandingan Remy Ishak dan Sharnaaz Ahmad serta menggunakan kesan khas ” make-up” (silicon base) bagi menghidupkan lagi karektor-karektor watak yang dilakonkan. Read more →