Tag: Nina Iskandar

(HIBURAN) Farid Kamil dan Nora Danish bertemu kembali di dalam “ Pengantin Malam”

10436243_769713206383619_4765382327234880754_nGMO

Agak lama juga kedua-dua pelakon ini tidak dipasangkan semenjak filem terakhir mereka iaitu “Bencinta” yang juga filem terbitan MIG METROWEALTH.  Jika sebelum ini lakonan mereka menerusi filem “Bencinta” lebih bergenre kan romantik dan aksi, kali ini filem arahan pengarah  Eyra Rahman ini akan menguji lakonan pasangan ini dalam genre filem bercorak seram pula. Filem ke 93 terbitan MIG METROWEALTH ini mempunyai intipati dan elemen seram dan mendebarkan, masakan tidak di malam tayangan perdana di Sunway Pyramid pada tempoh hari kedengaran luahan isihati penonton yang berkata, kerusi panggung wayang terasa bergetar atau tersentak akibat tindakan refleks para penonton yang terkejut malam tersebut. Bunyinya macam kelakar, tetapi itu lah hakikatnya. Nantikan filem seram “PENGANTIN MALAM” di pawagam 19 Jun ini. Read more →