DADI PAVILION, KUALA LUMPUR, 3 SEPTEMBER 2024 – Primeworks Studios dan Metrowealth dengan bangganya mempersembahkan filem terbaru, Pontianak 200KG, sebuah kesinambungan yang dinantikan daripada telefilem popular Pontianak 100KG. Selepas kejayaan luar biasa Pontianak 100KG dan menjadi pilihan nombor 1 di Tonton, filem ini dihasilkan untuk menghiburkan penonton dengan penceritaan yang lebih menarik dan lebih lucu, sekali gus memperlihatkan kemajuan industri perfileman tempatan melalui kerjasama yang erat antara produksi. Read more →
Tag: Metrowealth (MIG)
(HIBURAN) MAJLIS TAYANGAN PERDANA FILEM PONTIANAK 200KG FILEM KOMEDI PALING BERAT ABAD INI!
(HIBURAN) Filem Badi – “Yang Mati Belum Tentu Pergi “
MIG kembali dengan filem yang ke 108 iaitu filem BADI. Kali ini MIG mempertaruhkan filem bergenre seram yang dihasilkan oleh Eyra Rahman seorang pengarah wanita yang telah banyak menghasilkan filem pelbagai genre diantaranya Aku Terima Nikahnya, Pengantin Malam, Gudang Kubur dan banyak lagi. Read more →
(HIBURAN) “Adnan Sempit Sawadikap” satu kelainan
MIG melakar sejarah buat pertama kalinya di dalam industri perfileman Malaysia apabila menjadi syarikat pertama menerbitkan filem sekuel sehingga siri ke 4. Filem “Adnan Sempit” merupakan antara lubuk terbaik penerbitan MIG yang tidak pernah mengecewakan dengan menjana kutipan yang besar setiap kali ditayangkan. Filem ini bermula dengan kejayaan kutipan RM7.6 juta untuk ‘Adnan Sempit’ , diikuti dengan sekuel ke 2 iaitu ‘Adnan Sempit 2’ yang menjana kutipan lebih cemerlang sekitar RM9.5 juta dan ‘Adnan Sempit 3 ‘ menjana kutipan bersih sekitar RM4.8 juta. Masih mengekalkan gandingan asal antaranya seperti Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Along Cham dan Yana Shamsudin disamping penampilan istimewa bakat dari Thailand iaitu aktres, Lalisa Sontirod. Hampir 95 % proses pengambaran ini dilakukan di kotaraya Bangkok, Thailand. Read more →
(HIBURAN) Farid Kamil dan Nora Danish bertemu kembali di dalam “ Pengantin Malam”
Agak lama juga kedua-dua pelakon ini tidak dipasangkan semenjak filem terakhir mereka iaitu “Bencinta” yang juga filem terbitan MIG METROWEALTH. Jika sebelum ini lakonan mereka menerusi filem “Bencinta” lebih bergenre kan romantik dan aksi, kali ini filem arahan pengarah Eyra Rahman ini akan menguji lakonan pasangan ini dalam genre filem bercorak seram pula. Filem ke 93 terbitan MIG METROWEALTH ini mempunyai intipati dan elemen seram dan mendebarkan, masakan tidak di malam tayangan perdana di Sunway Pyramid pada tempoh hari kedengaran luahan isihati penonton yang berkata, kerusi panggung wayang terasa bergetar atau tersentak akibat tindakan refleks para penonton yang terkejut malam tersebut. Bunyinya macam kelakar, tetapi itu lah hakikatnya. Nantikan filem seram “PENGANTIN MALAM” di pawagam 19 Jun ini. Read more →




