Agak lama juga kedua-dua pelakon ini tidak dipasangkan semenjak filem terakhir mereka iaitu “Bencinta” yang juga filem terbitan MIG METROWEALTH. Jika sebelum ini lakonan mereka menerusi filem “Bencinta” lebih bergenre kan romantik dan aksi, kali ini filem arahan pengarah Eyra Rahman ini akan menguji lakonan pasangan ini dalam genre filem bercorak seram pula. Filem ke 93 terbitan MIG METROWEALTH ini mempunyai intipati dan elemen seram dan mendebarkan, masakan tidak di malam tayangan perdana di Sunway Pyramid pada tempoh hari kedengaran luahan isihati penonton yang berkata, kerusi panggung wayang terasa bergetar atau tersentak akibat tindakan refleks para penonton yang terkejut malam tersebut. Bunyinya macam kelakar, tetapi itu lah hakikatnya. Nantikan filem seram “PENGANTIN MALAM” di pawagam 19 Jun ini. Read more →
Tag: Eyra Rahman
(HIBURAN) Filem BenCinta
Filem nie mengisahkan Fathia (Nora Danish) yang bekerja sebagai pelayan di kafe rakannya. Kecantikan dan keramahan Fathia menyebabkan Faisal (Farid Kamil) jatuh hati lalu memikat Fathia. Kehidupan mereka sangat sweet dan bahagia sehinggalah mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Tiara. Segalanya berubah apabila Faisal mula lalai dengan tanggungjawabnya menjaga isteri dan mula berskandal. Hubungan mereka menjadi hambar apabila Faizal, suami yang kaya mula menjalinkan hubungan dengan orang lain dan bertukar menjadi seorang pendera. Terperangkap dalam perkahwinan yang merosakkan nilai masyarakat konsevatif, Fathia melarikan diri ke Langkawi dan cuba meminta perlindungan daripada kawan baiknya. Mereka kemudiannya menyedari bahawa masing-masing saling jatuh cinta namun Fathia terpaksa menghadapi suaminya. Bencinta akan menemui peminat di pawagam seluruh negara pada 26 September ni. Filem ini turut menampilkan nama-nama besar yang lain seperti Fezrul Khan, Uqasha Senrose, Zalif Sidek, Angeline Tan dan Azlan Komeng. Read more →
(HIBURAN) Filem ” 2 Kalimah “
Metrowealth (MIG) sekali lagi tampil dengan filem terbaru pada tahun ini yang berjudul ” 2 Kalimah “. Filem ke 75 terbitan MIG ini berunsurkan Romantika Islamik yang membawa mesej yang amat mendalam dengan mengangkat kisah kehidupan manusia yang tersasar daripada landasan agama yang akhirnya kembali mencari jalan keredhaanNya. Filem ini digarap oleh Eyra Rahman yang merupakan filem kedua beliau selepas ” Aku Terima Nikahnya”. Read more →