KUALA LUMPUR, 4 Oktober 2016 – Setelah berjaya melepasi sesi uji bakat yang telah diadakan di empat buah lokasi berbeza, sepuluh orang peserta telah dipilih bagi menyertai program komedi terbaharu Astro Warna iaitu ‘Lawak Solo’. Pasti membuatkan penonton tidak kering gusi, Lawak Solo yang dijadualkan bersiaran selama lapan minggu akan mula menemui penonton secara langsung dari Studio Finas, Kompleks Merdeka FINAS pada setiap hari Jumaat, bermula 21 Oktober 2016, jam 10.00 malam dan boleh ditonton secara eksklusif menerusi Astro Warna (Saluran 132) dan tayangan serentak di Mustika HD (Saluran 134). Read more →
Tag: pelawak
(HIBURAN) Pementasan Geng Lawak @ PICC
Menjelang sambutan tahun baru 2014, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) ingin memberikan sentuhan baru yang lebih mesra dengan menganjurkan Sambutan Tahun Baru 2014 @PICC pada 31 Disember 2013. Ini merupakan julung kali acara sebegini diadakan di PICC. Bermula seawal jam 10.00 pagi, Bazar @PICC akan berlangsung di foyer aras Concourse dan akan berlanjutan sehingga jam 12.00 tengah malam. Bazar ini akan diadakan selama dua hari bermula dari 31hb Disember 2013 sehingga 1hb Januari 2014. Walaubagaimanapun pada malam tahun baru akan diceriakan dengan pelbagai acara menarik untuk seisi keluarga seperti persembahan terbuka dan percuma dari kumpulan ‘Buskers & Clown’. Read more →