Tag: popular

(SEMASA) KidZania Kuala Lumpur Sambut Ulang Tahun Kedua Dicalonkan Taman Tema Kanak-kanak Paling Popular di Malaysia, Dengan Hampir Sejuta Pengunjung sejak 2012

KidZania-005

Pusat didik hibur keluarga terkemuka, KidZania Kuala Lumpur, menyambut ulang tahunnya yang kedua bersama rakan kongsi industri, kanak-kanak dan ibu bapa dengan tema sambutan ‘All Good Things Come in 2s’! Sempena ulang tahun kedua KidZania, 200 pengunjung pertama diberi tiket masuk percuma manakala pengunjung berikutnya diberi diskaun 40% daripada harga tiket biasa. Persembahan istimewa oleh Beaming Strings Ensemble dan KidZania Kuala Lumpur Artistic Percussionists serta 200 pek majlis berisi bertih jagung dan barang dagangan eksklusif untuk kanak-kanak yang datang pada jam 2:00 petang untuk memeriahkan lagi suasana. Read more →

(HIBURAN) “TULUS” …menyatukan Aril dan Terry

IMG_9956

Perjalanan karier seni bekas Naib Juara Akademi Fantasia 7, Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus , 28 tahun dalam industri hiburan tempatan masih rancak. Walaupun sibuk dengan tugas baru sebagai penyampai di stesen radio ERA FM sejak Ogos lalu, Aril baru sahaja tampil dengan sebuah lagu duet terbaru berjudul ‘Tulus’ , hasil kolaborasi dengan penyanyi  yang berasal dari Indonesia, Terry. Penyanyi yang di bawah label Sony Music Indonesia itu sebelum ini pernah merakamkan kembali lagu Aishah yang berjudul ‘Janji Manismu’ dan popular dengan lagu hitsnya ‘Butiran Debu’. Read more →

(HIBURAN) Soroti perjalanan dan cabaran 13 selebriti popular tanah air dalam dunia perniagaan

astro artis meniagasmall

Istimewa bulan Ogos ini, pihak Astro Ria dengan berbesar hati membawakan sebuah lagi program realiti terbaru berjudul Selebriti Bizz yang bakal mengajak para penonton untuk menyusuri kehidupan seharian selebriti-selebriti terkenal tanah air yang terlibat dalam bidang perniagaan. Program ini boleh ditonton menerusi saluran 104 pada setiap hari Selasa, jam 9.30 malam bermula pada 27 Ogos 2013. Read more →