Separuh Akhir Muzik-Muzik 28 bakal bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap Jumaat bermula 9.00 hingga 10.30 malam. Hanya 12 buah lagu yang bakal layak ke Anugerah Juara Lagu berdasarkan pemarkahan oleh juri profesional akan diumumkan sejurus tamatnya separuh akhir Muzik-Muzik 28 bahagian 3. Read more →
Tag: tv3
(HIBURAN) Top 5 pencalonan penuh Anugerah Skrin 2013
Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) memecah tradisi apabila buat pertama kalinya membuat pengumuman awal lima pencalonan terbaik (Top 5) bagi 30 kategori yang bertanding menerusi rancangan Debaran Anugerah Skrin 2013. Kemuncak acara itu bakal berlangsung pada 29 November 2013 di Stadium Malawati, Shah Alam , Selangor pada pukul 9 malam. Secara keseluruhan, Anugerah Skrin 2013 bakal mempertandingkan 30 kategori yang meliputi 11 kategori drama, tujuh kategori filem, enam kategori penerbitan dalaman dan enam kategori teknikal. Untuk kategori drama, 16 buah drama, 13 drama rantaian dan empat drama komedi telah dicalonkan manakala untuk kategori filem 54 filem terbitan tempatan layak dipertandingkan. Seperti tahun sebelumnya. Media Prima Berhad juga turut menjemput stesen televisyen RTM, ASTRO dan juga TV AlHijrah untuk bersama-sama menyertai anugerah berprestij ini. Read more →
(HIBURAN) DRAMA FESTIVAL KUALA LUMPUR (DFKL)
Sempena ulangtahun yang ke-30, stesen televisyen nombor satu tanah air, TV3 bersama TV9 akan mempersembahkan festival drama yang pertama dan terbesar iaitu DRAMA FESTIVAL KUALA LUMPUR (DFKL) pada tahun hadapan. Acara yang julung kali diadakan ini bakal melibatkan seterusnya menghubungkan karyawan industri kreatif termasuklah pengarah, penulis skrip, sinematografer, pelakon dan pengacara dari amatur hinggalah ke profesional. Read more →
(SUKAN) Temu Janji Eksklusif Bersama KING BOOKER T
Booker Tio Huffman atau lebih dikenali sebagai BOOKER T telah singgah ke Malaysia buat kali pertamanya. Bertempat di The Terrace, The Curve telah berlangsungnya majlis temu janji eksklusif bersama 10 pemenang pertandingan bergambar bergaya seperti bintang ahli gusti. Sempena jelajah WWE superstar ini, para pemenang ini diberi peluang untul beramas mesra dan mendapatkan autograf BOOKER T . Read more →




