Archive for: September 2026

(SUKAN) SAUCONY MERIAHKAN STESEN KERETAPI KUALA LUMPUR DENGAN THE MAZE – ACARA LARI BERGANTI-GANTI YANG JULUNG KALI DIADAKAN DI MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 7 SEPTEMBER 2026 – Saucony Malaysia melakar pencapaian penting dalam arena larian tempatan menerusi penganjuran sulung The Maze di Malaysia. Acara lari berganti-ganti global anjurannya ini menghimpunkan kelab-kelab larian untuk bersaing dalam format perlumbaan berkumpulan yang penuh aksi dan mencabar. Untuk satu malam sahaja, acara ini bakal mentransformasikan mercu tanda ikonik Stesen Keretapi Kuala Lumpur menjadi ruang pengalaman unik yang menggabungkan sukan larian, budaya dan komuniti. Read more →

(SEMASA) PROTON MEMPERLUAS RANGKAIAN S70 DENGAN ANGGARAN HARGA DI BAWAH RM60,000

SUBANG JAYA, 7 September 2026 – PROTON hari ini mengumumkan rangkaian PROTON S70 yang diperluaskan, menjadikan sedan terkemuka dalam kelasnya ini lebih mudah diakses berbanding sebelum ini menerusi penambahan dua varian baharu yang dikuasakan oleh enjin i-GT 1.5 liter aspirasi semula jadi. Dipadankan dengan transmisi boleh ubah berterusan (CVT), pilihan sistem pacuan baharu ini membolehkan sedan segmen-C terlaris PROTON berada pada kedudukan harga yang dianggarkan di bawah RM60,000, sekali gus meluaskan tarikannya kepada lebih ramai bakal pembeli. Tempahan dibuka mulai hari ini, 7 September di semua cawangan sah PROTON di seluruh negara. Read more →

(HIBURAN) D’MASIV SEDIA BERTEMU PEMINAT DI KUALA LUMPUR MENERUSI JELAJAH “ASIA HOME RUN”

Kuala Lumpur: Selepas siri jelajah di Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun, kumpulan popular dari seberang, D’Masiv kini sedia bertemu peminat di negara Asia termasuk Taiwan, Hong Kong dan Singapura menerusi jelajah ‘D’MASIV Asia Home Run’. Read more →

(HIBURAN) ANTARA WARISAN DAN PILIHAN, KUDRAT 1968 : HIGH COUNCIL BAWA PERSOALAN SISTEM DAN JURANG DI ANTARA KELAS

Kuala Lumpur, 3 September 2026 – Teka-teki teraju utama filem KUDRAT 1968 : High Council terjawab selepas Astro Shaw memperkenalkan pelakon Zarif Ghazzi, Mierul Aiman, Akmal Asyraf, Dai Fuad, Evertts Gomes dan Chech Harith sebagai penyambung legasi francais popular High Council. Read more →

(HIBURAN) ORANG PERANG ANGKAT KEBERANIAN ORANG ASLI MEMPERTAHANKAN TANAH AIR

3LINE MEDIA SDN BHD & NANORD STUDIO PRODUCTION mempersembahkan Orang Perang, sebuah filem epik aksi arahan Hashim Rejab yang mengangkat keberanian masyarakat Orang Asli dalam mempertahankan tanah air. Diinspirasikan daripada kisah benar kaum Semai, filem ini berlatarbelakangkan Tanah Melayu pada era 1950-an ketika ancaman komunis menjejaskan keselamatan penduduk. Read more →