(HIBURAN) Jackie Chan Mengambil Risiko Nyawa Demi “Police Story”

Spread the love

IMG_4048

Menjelang malam Krismas, Jackie Chan akan menunjukkan apa sebenar adalah polis yang benar, melindungi yang baik dan menghukum yang jahat dalam filem aksi bertema polisnya yang akan datang, bertajuk Police Story 2013. Sempena pengumuman Police Story 2013, pengedar filem Malaysia RAM Entertainment serta SKT Media & Entertainment besama Penaja Utama UOB Bank berbangga menerbangkan secara khas Jackie Chan ke Malaysia pada 18th December 2013 lepas untuk mempromosi filem Police Story 2013 yang terkini. 

IMG_4026

Hampir 30 tahun selepas filem Police Story yang pertama pada 1985, filem yang ke-6 akan ditayangkan pada 24 Disember 2013. Police Story 2013 adalah peranan terkini Jackie Chan dalam siri filem Police Story, dengan filem yang lalu ditayangkan hampir 10 tahun dahulu. Pada 1985, Jackie Chan sendiri melabur sebanyak 16 juta dollar Hong Kong untuk menghasilkan filem Police Story yang pertama.Pada masa itu, pelaburan tersebut dianggap besar, dan para pelakon sentiasa dimasukkan ke hospital hampir setiap hari, termasuk Jackie.Pada masa itu, tiada sesiapa yang berani mencuba aksi-aksi dalam filem tersebut, kecuali Jackie. Hari ini, pengorbanan Jackie Chan menampakkan hasil apabila siri filem Police Story membolehkan kedua-dua Jackie Chan dan filem aksi polis Hong Kong mencapai kejayaan secara antarabangsa.

Walaupun Jackie mengaku bahawa beliau sudah tua, dan disuruh “tidak melakonkan aksi berisiko”, beliau enggan leka. Samada adegan beraksi atau pun babak perbualan, Jackie akan memberikan lakonan yang terbaik. Police Story 2013 diarah dan ditulis oleh pengarah Ding Sheng yang sebelum ini berganding dengan Jackie Chan untuk filem Little Big Soldier, yang dibintangi Jackie Chan, Liu Ye dan Jing Tian. Berbeza dengan filem-filem Police Story sebelum ini, Jackie Chan akan berlakon sebagai Zhong-Wen, seorang penyiasat polis yang kehilangan isteri disebabkan perkerjaannya, yang mempunyai seorang anak perempuan (yang dilakonkan oleh Jing Tian. Dalam Police Story 2013, Jackie dan Jing Tian akan mempunyai beberapa adegan emosi ‘bapa-anak’.

Jackie Chan sebagai pegawai polis Republik China, memakai seragam yang seakan seragam tentera. Jackie juga sengaja mengubah gaya rambutnya yang tidak bertukar selama 30 tahun, demi mengikut gaya rambut polis China. Beliau mengekalkan stail rambut yang sama sejak 1986 selepas beliau mengalami kemalangan semasa merakam filem Armour of God, dan mengalami kecederaan kepala yang teruk dan hampir kehilangan pendengaran beliau.

Jackie mendedahkan bahawa rambut beliau tidak dipendekkan selepas kejadian diatas, kerana seorang kawan mensyaki kemalangan tersebut disebabkan rambut beliau.Walaupun Jackie tidak percayaakan kepercayaan karut, dia faham bahawa filem aksi amat berisiko tinggi dan mengambil keputusan untuk mengekalkan gaya rambut yang sama sejak itu.

Police Story 2013 diedarkan oleh RAM Entertainment dan dipersembahkan oleh RAM Entertainment bersama SKT Media & Entertainment. Police Story 2013 akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 24 Disember 2013.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

http://www.ram-ent.com.my  atau

http://www.facebook.com/RamEntertainmentMovie.

police storySMALL

Sinopsis Police Story 2013

Suatumalam, sebuah bar yang besar tengah mengalami situasi dimana kesemua pelanggan tengah dijadikan tebusan. Antara para tebusan adalah anggota polis Zhong Wen serta anak perempuannya Miao Miao serta beberapa pelanggan lain yang kelihatan biasa. Penculik adalah pemilik bar Wu Jiang. Permintaannya hanya untuk pembebasan seorang banduan.Apakah motif Wu Jiang untuk mengambil risiko yang begitu besar?Apabila banduan yang diminta Wu Jiang dibebsakan dan dibawa ketempat kejadian, para polis menghadapi cabaran yang lebih besar kerana sebuah kes lama dibuka semula.

Dengan akal yang cerdas, Zhong When cuba menangani krisis tersebut secara tenang demi memperolehi jawapan yang sebenar di sebalik penculikan yang berlaku. Para penculik dengan licik menjalankan rancangannya untukmembalas dendam.Pada masa krisis ini, Miao Miao dan ayahnya Zhong Wen akan menyambung semula hubungan anak-ayah mereka.


Spread the love

Comments are closed.