Bagi mencapai matlamat untuk mengukuhkan lagi kedudukan sebagai peneraju utama kandungan dalam dunia penyiaran, pihak Astro Ria dengan berbesar hati membawakan sebuah lagi program realiti terbaru yang menggabungkan konsep permainan dan diari kembara ke pelbagai destinasi menarik di serata Eropah iaitu Awak Kat Mana khusus buat tontonan seisi keluarga. Program 13 buah episod ini akan ditayangkan pada setiap hari Khamis, jam 9.30 malam bermula 13 Ogos 2015 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan siaran serentak di Ria HD (123). Read more →
Tag: Raja Ilya
(HIBURAN) Filem ‘Suamiku, Encik Perfect 10!’
Astro Shaw dan Global Station bakal menampilkan filem “Suamiku, Encik Perfect 10!” yang diarahkan oleh Feroz Kader. Filem yang menggandingkan Aaron Aziz, Lisa Surihani, Syazwan Zulkifly, Normah Damanhuri, Jasmin Hamid, Raja Ilya, Jehan Miskin dan ramai lagi ini akan mula ditayangkan di seluruh Malaysia pada 22 Januari 2015. Read more →
(HIBURAN) Saksikan Antara Drama Terbaik ASK 2014 Setiap Jumaat, Jam 1.30 Petang
Anugerah Skrin 2013 telah menyaksikan drama Mawar Putih Tanda Perpisahan merangkul trofi Drama Terbaik, Videografi Terbaik (Mohd Faizal bin Mohd Ali) dan Lakon TV Terbaik (Mazlan Manan) manakala drama Aku Bukan Malaikat pula berjaya merangkul trofi Pengarah Terbaik Drama (Eirma Fatima) dan Pelakon Wanita Terbaik Drama (Datin Paduka Umie Aida).
(HIBURAN) Persengketaan Dua Beradik Demi Harta dan Cinta dalam “KALIMAH JIWA”
“Air Di Cincang Tak Akan Putus”. Namun hubungan Aniq dan Afiq tidak seperti adik beradik yang lain. Afiq membenci Aniq kerana ibunya sering menyebelahi abangnya sejak kecil. Malah Afiq sanggup menggunakan Aina yang tidak berdosa untuk membalas dendam dan mendapatkan harta yang dimiliki oleh abangnya… Read more →