Tag: Atu Zero

(HIBURAN) SAKA PERAWAN MENJEJAK PEWARISNYA DI PAWAGAM BERMULA 27 JUN INI !

Petaling Jaya, 12 Jun 2024 – Grand Brilliance Studio dengan kerjasama Primeworks Studios selaku pengedar dan rakan pemasaran, mempersembahkan filem komedi seram Saka Perawan yang akan ‘merasuk’ pawagam tempatan seluruh Malaysia bermula 27 Jun 2024 ini.  Filem ini juga bakal ditayangkan di pawagam sekitar Brunei serentak dengan tarikh tayangan di Malaysia.  Filem yang menjalani penggambaran pada tahun lepas telah mengundang keterujaan penonton apabila filem ini berjaya menggabungkan pelakon komedi lama dan baharu yang bakal mengubat kerinduan penonton filem komedi yang ringan dan sesuai untuk tatapan seisi keluarga. Read more →

(HIBURAN) ASTRO RIA LANCAR PROGRAM REALITI “AWAK KAT MANA”

SAM_7829

Bagi mencapai matlamat untuk mengukuhkan lagi kedudukan sebagai peneraju utama kandungan dalam dunia penyiaran, pihak Astro Ria dengan berbesar hati membawakan sebuah lagi program realiti terbaru yang menggabungkan konsep permainan dan diari kembara ke pelbagai destinasi menarik di serata Eropah iaitu Awak Kat Mana khusus buat tontonan seisi keluarga. Program 13 buah episod ini akan ditayangkan pada setiap hari Khamis, jam 9.30 malam bermula 13 Ogos 2015 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) dan siaran serentak di Ria HD (123). Read more →