Hafiz diumumkan sebagai Juara dalam program Pencetus Ummah di Mimbar Akhir Pencetus Ummah musim pertama. Keputusan pemenang diumumkan oleh pengacara program tersebut, Dr Ridhuan Tee. Gelaran Naib Juara dimenangi oleh Shahul, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Yeop dan Rahmat menjadi pemenang tempat keempat. Program akhir Pencetus Ummah disiarkan secara langsung di saluran Astro Oasis. Read more →
Tag: astro
(HIBURAN) “THE GLAMS GIRLS” juara Ceria Superstar musim ke 2
Kembara perjalanan yang jauh dari Utara tanah air membuahkan hasil buat kumpulan “THE GLAMS GIRLS” apabila dinobatkan sebagai juara Ceria Superstar musim ke 2 yang telah disiarkan secara langsung dari Studio 1, Astro, Kuala Lumpur. Kumpulan tarian cilik yang dianggotai oleh 5 anak kecil yang berusia dalam lingkungan 10 hingga 12 tahun ini terdiri daripada Puteri Nur Aliaa, Emisya Alias, Syarifah Nur Hayati, Nur Afriena Athirah dan Hazdiba Aziz ini telah merangkul hadiah wang tunai RM20,000 berserta trofi dengan mengalahkan kumpulan ZEPPO YOUNGSTERZ CREW pada peringkat “battle” terakhir. Read more →
(HIBURAN) OH MY ENGLISH! JELAJAH KE LUAR NEGARA DALAM TELEFILEM HELLO AMERICA
Astro akan membuka tirai tahun baru 2014 dengan menampilkan sebuah lagi karya telefilem istimewa daripada siri Oh My English yang difilemkan di Amerika Syarikat berjudul ‘Oh My English! – Hello America’. Telefilem ini akan disiarkan pada 15 Januari 2013, jam 9 malam di Astro TVIQ (Saluran 610) dan siaran serentak berdefinisi tinggi di Astro Maya HD (Saluran 135). Read more →
(HIBURAN) KRISHEN JIT-ASTRO Anugerahkan Geran Kepada Penggiat Seni Tempatan Untuk Tahun 2013
Astro terus komited dalam menyokong karya-karya kreatif pelbagai bidang seni yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia melalui Dana Krishen Jit – Astro semenjak mula diperkenalkan pada tahun 2006. Dana Krishen Jit – Astro telah diperkenalkan oleh Astro dengan kerjasama daripada Five Arts Centre untuk memperingati mendiang Krishen Jit dan ia bertujuan untuk menganugerahkan sumbangan bantuan kewangan kepada para penggiat seni terpilih dalam membantu untuk meneruskan kerja kreatif nukilan mereka. Krishen seorang yang sangat komited di dalam penghasilan karya dan menjadi salah satu objektif beliau untuk meraikan rangkaian nukilan kreatif asli anak tempatan dalam apa jua aspek kesenian dengan variasi cara dan alternatif.. Read more →
(HIBURAN) Kejutan Juara AF 2013 Milik Faizul
FAIZUL menjadi juara AF 2013 mengalahkan 5 peserta lain dan membawa pulang hadiah wang tunai RM100K berserta kontrak rakaman bernilai RM100K dan trofi. Gelaran Naib Juara pula dirangkul oleh AZHAEL dan membawa pulang hadiah wang tunai RM30K dan trofi , tempat ketiga pula diraih oleh AMIRA yang membawa pulang hadiah wang tunai RM20K berserta trofi. Tempat ke 4 dimenangi oleh INDAH, manakala tempat ke 5 milik NABILA, AISHAH pula membawa pulang trofi untuk tempat ke 6. Read more →





