Tag: dan

(SEMASA) PENGAKUAN BANDUAN DI SEGMEN ‘MESEJ DARI PENJARA’ – KERJASAMA TV3 DAN JABATAN PENJARA MALAYSIA PECAH TRADISI SEJARAH PENYIARAN TV MALAYSIA

WHI - Mesei Dari Penjara

Wanita Hari Ini (WHI) merupakan program bual bicara yang bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 12.00 tengahari hingga 1.00 petang mengkhususkan topik-topik kaum hawa yang merangkumi isu kewanitaan, kekeluargaan, kesihatan, keinsafan dan fesyen. Dikendalikan oleh barisan pengacara seperti Hasfizza Sabjahan, Azizah Ariffin, Nor Azzura Azizul Azman, Hazrena Kassim, Teh Syuhaida Sarip, Irin Putri Azmi dan Nabihah Rosdi, WHI terus menjadi pilihan dan rujukan utama golongan wanita di negara ini selepas 13 tahun program ini disiarkan. Read more →

(SEMASA) Tefal perkenalkan ActiFry FZ7072 untuk Memasak Makanan Lazat dan Berkhasiat tatkala Mengimbangi Rasa dan Kesihatan

(L-R) Dino Goh, Kelvin Mow, & Chef Anis Nabilah giving thumbs up to the Tefal ActiFry

Tefal, pembuat peralatan masak dan perkakasan rumah utama dunia, memperkenalkan Tefal ActiFry FZ7072 iaitu satu periuk yang menawarkan kaedah memasak yang sihat dan moden di samping menggunakan teknologi memasak yang praktikal. Periuk dari Perancis ini mendapat sanjungan ramai dan merupakan No.1 di Eropah dan Kanada, memastikan penggunanya dapat memasak dengan lebih mudah dan sihat serta mengekalkan rasa sesuatu makanan itu tatkala tidak menjejaskan kandungan khasiat dalamnya.  Pengguna-pengguna yang menjalani rutin kehidupan harian yang sibuk dan tidak berkesempatan untuk memasak di rumah, akan mendapati bahawa Tefal ActiFry FZ7072 adalah penyelesaian terbaik untuk mereka. Golongan bekerja kini berpeluang untuk menikmati makanan sihat dan menyelerakan tanpa perlu menahan nafsu makan mereka terhadap juadah yang lazat. Read more →

(HIBURAN) RIDE KEMBALI SATUKAN SHARIFAH ARYANA DAN SYAFIE NASWIP

IMG-20131212-WA0042

Jika lapan tahun lalu mereka digandingkan bersama dalam filem Mukhsin, kini menerusi TV9 gadis kecil molek Sharifah Aryana dan pelakon berbakat besar Syafie Naswip akhirnya kembali bekerja sama menerusi drama terbaru di slot Aurora iaitu Ride.  Ride yang berkisarkan mengenai kehidupan sekumpulan remaja penuh konflik dan dunia basikal fixie adalah hasil terbitan Mermaid Studios dan diarahkan oleh Faisal Ishak. Read more →

(SEMASA) HABIB TRULY MALAYSIA DI SURIA KLCC MEMUKAU PENGUNJUNG LUAR DAN DALAM NEGARA

IMG_5921crop

Malaysia adalah sebuah negara yang bukan sahaja kaya dengan pelbagai pilihan makanan, pengembaraan dan keajaiban semula jadi, ia juga adalah salah sebuah syurga membeli-belah yang terkemuka di benua Asia. Bersempena dengan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014, syarikat barang kemas tempatan terkemuka, HABIB, akan melancarkan pameran dan jualan bertemakan ‘HABIB Truly Malaysia’ yang akan berlangsung di Pusat Membeli Belah, Suria KLCC. Dengan kedatangan pelancong asing dan juga tempatan ke Suria KLCC, pameran tersebut menjadi lokasi yang ideal untuk acara pameran dan jualan ‘HABIB Truly Malaysia’ ini.

Read more →

(SUKAN) CABARAN QPR, SPURS & CARDIFF MENANTI SOCCER KIDS 6

Soccer Kids 6

Soccer Kids, sebuah program realiti mencari bakat pemain bola sepak telah memasuki musim ke-6! Sejak diperkenalkan pada tahun 2007, Soccer Kids telah melahirkan pemain-pemain berpotensi seperti Daniel Amier, Asnan Awal Hisham, Solehin Mohd Nasir dan Hazrull Hafiz Zulkifli. Musim baharu ini pasukan Soccer Kids dilatih oleh Somasundram Periasamy, dibantu oleh Gunalan A/L Karupiah dan jurulatih penjaga gol, Hazahan Mohamed Hanaffi. Read more →