Wanita Hari Ini (WHI) merupakan program bual bicara yang bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 12.00 tengahari hingga 1.00 petang mengkhususkan topik-topik kaum hawa yang merangkumi isu kewanitaan, kekeluargaan, kesihatan, keinsafan dan fesyen. Dikendalikan oleh barisan pengacara seperti Hasfizza Sabjahan, Azizah Ariffin, Nor Azzura Azizul Azman, Hazrena Kassim, Teh Syuhaida Sarip, Irin Putri Azmi dan Nabihah Rosdi, WHI terus menjadi pilihan dan rujukan utama golongan wanita di negara ini selepas 13 tahun program ini disiarkan. Read more →
Tag: Malaysia
(SUKAN) 32 BAKAT MUDA BOLA SEPAK MALAYSIA SELESAI JALANI LATIHAN INTENSIF DI CARDIFF, UNITED KINGDOM
Program latihan 1MCC- Astro Kem BOLA telah mengenal pasti dan membawa seramai 32 pemain muda yang berpotensi besar dalam sukan bola sepak menjalani latihan intensif di Cardiff, United Kingdom bermula dari 14 hingga 24 Mac 2014. Para pemain pelapis yang berumur antara 11 hingga 13 tahun ini telah menjalani latihan profesional di bawah seliaan barisan jurulatih berpengalaman dari Kelab Bola Sepak Cardiff City. Read more →
(SEMASA) KidZania Kuala Lumpur Sambut Ulang Tahun Kedua Dicalonkan Taman Tema Kanak-kanak Paling Popular di Malaysia, Dengan Hampir Sejuta Pengunjung sejak 2012
Pusat didik hibur keluarga terkemuka, KidZania Kuala Lumpur, menyambut ulang tahunnya yang kedua bersama rakan kongsi industri, kanak-kanak dan ibu bapa dengan tema sambutan ‘All Good Things Come in 2s’! Sempena ulang tahun kedua KidZania, 200 pengunjung pertama diberi tiket masuk percuma manakala pengunjung berikutnya diberi diskaun 40% daripada harga tiket biasa. Persembahan istimewa oleh Beaming Strings Ensemble dan KidZania Kuala Lumpur Artistic Percussionists serta 200 pek majlis berisi bertih jagung dan barang dagangan eksklusif untuk kanak-kanak yang datang pada jam 2:00 petang untuk memeriahkan lagi suasana. Read more →





