Tag: remy ishak

(HIBURAN) CEO … semua orang nak jadi bos

IMG_3622ARA Film bakal mempertaruhkan pengarah baru iaitu Razaisyam Rashid dalam menghasilkan filem terbaru mereka yang bertajuk CEO. Filem yang mengandingkan barisan pelakon terkenal ini antaranya Beto Kusyairy, Remy Ishak, Cristina Suzzane, Dato Jalaluddin Hassan, Deanna Yusuf, Anas Ridzuan ini bakal memulakan penggambaran pada 15 Jun 2013 di sekitar Kuala Lumpur. Filem yang bergenre SMART COMEDY ini dijangkan menghabiskan durasi penggambaran dalam masa 25 hari dan jangkaan tayangan pada suku pertama 2014. Read more →

(HIBURAN) ” Sembunyi: Amukan Azazil ” karya seram pertama Kabir Bhatia

IMG_7971smallGMO

“Sembunyi : Amukan Azazil” merupakan filem seram arahan pertama sutradara Kabir Bhatia. Karya yang pada mulanya menggunakan judul ” Azazil ” bakal menjengah ke panggung pada 28 Mac 2013 setelah sekian lama diperam oleh pihak produksi Grand Brilliance dan Filmscape ini. Filem yang mengambil masa 26 hari untuk disiapkan dan dibuat pada bulan Ramadhan ini membariskan pelakon hebat Remy Ishak, Diana Danielle, Umie Aida, Sharnaaz Ahmad, Fizo Omar, Sara Ali dan Emelda Rusmila, filem ini bakal menjadi menyuntik nafas kualiti baru dalam filem genre seram industri perfileman tempatan. Filem yang menelan belanja RM1.8 juta ini merupakan filem pertama gandingan Remy Ishak dan Sharnaaz Ahmad serta menggunakan kesan khas ” make-up” (silicon base) bagi menghidupkan lagi karektor-karektor watak yang dilakonkan. Read more →

(HIBURAN) ” Cinta Jangan Pergi “drama bersiri terbaru di TV9

IMG_7144crop

Drama bersiri Cinta Jangan Pergi (CJP) arahan Kabir Bhatia  mengisahkan perjanjian manis dua kekasih sehidup semati namun siapa sangka dalam sekelip mata, takdir merubah segalanya. Lea Soraya (Tiz Zaqyah) dan Khalil (Remy Ishak) dua insan yang tidak pernah bertemu mula menjalin cinta secara tidak sengaja dalam perjalanan ke Paris. Takdir bagaikan sengaja terus menemukan mereka apabila sekali lagi mereka ke destinasi yang sama untuk menjelajah ke seluruh Eropah bersama. Kehadiran Khalil pada permulaannya tidak disenangi oleh lea, dan akhirnya cinta mereka berputik. Namun siapa sangka dalam sekelip mata segala yang dirancang berubah tanpa diduga.  Apa yang terjadi antara mereka ? Nantikan lakonan Remy Ishak, Tiz Zaqyah,Nadiya Nisaa, Josiah Hogan, Bil Azali, Esma Daniel, Ramona Zam Zam, Aleza Shadan dan Kartina Ayob di dalam variasi drama 26 episod ini bermula 6 April nanti, setiap sabtu dan ahad, hanya di TV9! Read more →

(HIBURAN) Majlis Pra Tonton Filem ” Hantu Kapcai “

Pada tanggal 25 Sept 2012, bertempat di Cineleisure Damansara, telah berlangsungnya majlis pra tonton filem Hantu Kapcai edaran United Studio (anak syarikat KRU Malaysia Sdn Bhd). Read more →

(HIBURAN) “Hantu Kapcai” di pawagam pada 27 September 2012.

Filem ini mengisahkan tentang Ajib (Zizan) seorang mat rempit yang mempunyai masalah kewangan. Dia cuba menyelesaikan hutangnya dengan memasuki perlumbaan haram. Namun sayangnya, dia mati ketika perlumbaan selepas dicabar oleh musuhnya Tiger (Remy).

Read more →