Tag: ROSSA

(HIBURAN) TERJEMAHAN SUARA HATI, PERJALANAN EMOSI ROSSA DALAM ANOTHER JOURNEY: THE BEGINNING

MELEWATI lebih 25 tahun perjalanan kariernya sebagai insan seni tidak pernah sesekali melelahkan penghibur kebanggaan Indonesia dan Malaysia, Datuk Seri Rossa. Read more →

(HIBURAN) PENGANJURAN KONSERT ROSSA 25 TAHUN DI KUALA LUMPUR BAKAL MANFAAT PENDIDIKAN ANAK BANGSA

KUALA LUMPUR, 5 Oktober 2022 – Setelah kejayaan penganjuran siri jelajah konsert “Rossa 25th Shining Years Concert” di Jakarta, Bandung, Surabaya yang menyaksikan kehadiran lebih 15,000 penonton, kini Dato’ Sri Rossa telah tiba di Malaysia bagi mempromosikan siri Jelajah Konsert “Rossa 25th Shining Years Concert” dan merupakan Konsert Solo Pertama sejak pandemik 2020 yang akan berlangsung di Dewan Plenary, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 2 November 2022 ini. Turut diadakan penyerahan bantuan pendidikan ke Menara Gading kepada pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan dalam kategori asnaf dan B40 yang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Aizuddin Mohd Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan YBhg. Dato’ Sri Rossa sendiri di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada hari ini. Sumbangan berbentuk dana kewangan, komputer riba dan barangan keperluan yang diberikan ini adalah hasil dari jualan tiket Konsert Rossa 25 Tahun yang telah terjual sepanjang bulan September. Read more →

(HIBURAN) Rossa – Love, Life & Music

ROSSA CD COVERsmall

“Love, Life & Music”Produksi Trinity Optima Production, Indonesia, merupakan album studio solo Rossa yang ke 6. Sebanyak 10 lagu dalam album ini merupakan lagu baru alias original yang melibatkan sejumlah  penulis lagu seperti Melly Goeslaw, Bemby Noor, Charly Van Houten, Bemby Noor, Alam Urbach, Badai Krispatih, dan tiga berusaudara dari kelompok Numata yaitu  Inu, Mhala, dan Tantri. Lagu-lagu tersebut diolah lewat arrangemen musik garapan Andi Rianto, Tohpati, Anto Hoed, Ario Seto, dan Badai Kerispatih. Dilibatkan pula pengarah vokal Irvnat.Sudah sekitar dua tahun Rossa mengumpulkan lagu-lagu. Bahkan ada lagu yang telah tersimpan sekitar 3 tahun dan baru dikeluarkan di album ini. Read more →

(SEMASA) ENJOY JAKARTA satu destinasi pelancongan ….

IMG_3825

‘Enjoy Jakarta’  merupakan satu program pelancongan yang digerakan oleh agensi-agensi dari negara Indonesia untuk memacu perkembangan ibu negara Indonesia iaitu Jakarta sebagai pusat pemerintahan, perindustrian, pelancongan dan kebudayaan yang tersohor di mata dunia.  Antara aktiviti menarik ‘Enjoy Jakarta’ di Kuala Lumpur termasuk pementasan konsert yang menampilkan artis-artis terkenal Indonesia termasuk Rossa, Band Ungu, Denny Malik Dancer, Hedi Yunus and Sarah Sechan. Legenda rock Malaysia, Amy Search juga turut diundang untuk memeriahkan konsert berjudul ‘Enjoy Jakarta 2013 Anniversary-Lake Garden Kuala Lumpur’. Konsert tersebut yang bermula jam 8.30 malam itu turut sama menyajikan pelbagai acara menarik termasuk persembahan tradisi dan budaya Indonesia.  Read more →

(GAMBAR) Di Sekitar Pelancaran Album THE BEST OF ROSSA

 

Read more →