Tag: Yasmin Hani

(HIBURAN) “MAGIK ROMPAK” TERIMA SAMBUTAN LUAR BIASA DARI TAYANGAN AWAL

Putrajaya, 8 September 2025 – Filem aksi penuh ilusi, Magik Rompak, arahan pengarah prolifik Adrian Teh, telah membuktikan kehebatannya apabila tayangan awal dari 5 hingga 7 September di pawagam terpilih menerima sambutan luar biasa daripada penonton. Rata-rata penonton menyifatkan Magik Rompak sebagai sebuah filem moden dengan suntikan magis dan aksi mendebarkan yang mampu berdiri setanding dengan produksi antarabangsa. Read more →

(HIBURAN) GOLD – DIINSPIRASIKAN DARI KISAH BENAR ATLET MALAYSIA PEMENANG PINGAT EMAS PERTAMA BADMINTON PARALIMPIK DUNIA, CHEAH LIEK HOU

5 Julai 2024, Kuala Lumpur – Astro Shaw terus aktif mempersembahkan filem berkualiti dengan mengangkat cerita-cerita menarik dari Malaysia ke pentas dunia. Terbaru, Astro Shaw bersama Act 2 Pictures dengan kerjasama Clover Films dan One Cool Entertainment mempertaruhkan filem Gold, kisah yang diinspirasikan daripada pemenang pingat emas pertama badminton paralimpik dunia dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020 iaitu Cheah Liek Hou. Gold akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 11 Julai ini. Read more →

(HIBURAN) Kalau sayang, cakap jelah- Mierul Aiman 

Mierul Aiman, jejaka dengan garis rahang (jaw line) yang menjadi perhatian ramai kini muncul dengan satu lagi karakter yang bakal menambat hati ramai terutama gadis-gadis di luar sana. Read more →

(SEMASA) HABIB TRULY MALAYSIA DI SURIA KLCC MEMUKAU PENGUNJUNG LUAR DAN DALAM NEGARA

IMG_5921crop

Malaysia adalah sebuah negara yang bukan sahaja kaya dengan pelbagai pilihan makanan, pengembaraan dan keajaiban semula jadi, ia juga adalah salah sebuah syurga membeli-belah yang terkemuka di benua Asia. Bersempena dengan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014, syarikat barang kemas tempatan terkemuka, HABIB, akan melancarkan pameran dan jualan bertemakan ‘HABIB Truly Malaysia’ yang akan berlangsung di Pusat Membeli Belah, Suria KLCC. Dengan kedatangan pelancong asing dan juga tempatan ke Suria KLCC, pameran tersebut menjadi lokasi yang ideal untuk acara pameran dan jualan ‘HABIB Truly Malaysia’ ini.

Read more →

(HIBURAN) Soroti perjalanan dan cabaran 13 selebriti popular tanah air dalam dunia perniagaan

astro artis meniagasmall

Istimewa bulan Ogos ini, pihak Astro Ria dengan berbesar hati membawakan sebuah lagi program realiti terbaru berjudul Selebriti Bizz yang bakal mengajak para penonton untuk menyusuri kehidupan seharian selebriti-selebriti terkenal tanah air yang terlibat dalam bidang perniagaan. Program ini boleh ditonton menerusi saluran 104 pada setiap hari Selasa, jam 9.30 malam bermula pada 27 Ogos 2013. Read more →