Tag: dan

(HIBURAN) Filem “Kami Histeria” gabungkan ramai heroin

Malam Gala Kami Histeria-1

Gandingan ramai pelakon perempuan bakal menjadikan filem ini meletup, garapan skrip segar oleh Rafidah Abdullah dan arahan pengarah baru Shamyl Othman menjadikan gabungan 5 pelakon utama seperti Diana Danielle sebagai Laila, Sara Ali sebagai Bad, Nad Zainal sebagai Peanut, Mila Jirin sebagai Airin dan Umie Omar sebagai Jojo riuh dengan jeritan. Antara pelakon lain yang turut terlibat adalah Nur Fazura sebagai Cik Lang, Izzue Islam sebagai Pit, Afdlin Shauki sebagai Afdlin Shauki serta penampilan khas Sathia, Caca Raja Lawak, P.Jegan, Prakash Danie, Shahrizal Jaszle, Daphne Iking, Liyana Fizi, Loque,Bunkface, DJ Shac, Linda Rafar,dan Syafinaz Selamat. Read more →

(HIBURAN) ‘Danial’ Juara Idola Kecil musim ke 6

IMG_4408

Danial Cheur Bin Hamasiah atau lebih dikenali sebagai Danial telah dinobatkan sebagai juara IDOLA KECIL musim ke 6. DANIAL telah berjaya mengalahkan 4 lagi peserta akhir lain dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM15,000 diikuti pemenang di tempat kedua, Aby dan ketiga Dani. . DANIAL berjaya menghiburkan penonton dengan lagu baru berjudul MEMORI serta sebuah lagu pilihan ibu beliau iaitu WHEN I WAS YOUR MAN dendangan asal Bruno Mars.  Read more →

(HIBURAN) Persengketaan Dua Beradik Demi Harta dan Cinta dalam “KALIMAH JIWA”

Barisan pelakon utama Kalimah Jiwa

Air Di Cincang Tak Akan Putus”. Namun hubungan Aniq dan Afiq tidak seperti adik beradik yang lain. Afiq membenci Aniq kerana ibunya sering menyebelahi abangnya sejak kecil. Malah Afiq sanggup menggunakan Aina yang tidak berdosa untuk membalas dendam dan mendapatkan harta yang dimiliki oleh abangnya… Read more →

(HIBURAN) ANTARA CINTA DAN CITA-CITA DALAM DRAMA BERSIRI KOREA “SUNGKYUNKWAN SCANDAL”

Sungkyunkwan Poster

Berita baik buat peminat drama bersiri Korea di ntv7, sebuah lagi judul baru Sungkyunkwan Scandal bakal menemui mereka bermula 23 Oktober (Rabu) ini setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 12.00 tengah hari. Lebih mengujakan adalah drama bersiri itu merupakan pertama kalinya bersiaran di saluran tidak berbayar Malaysia dan tetap mengekalkan audio dalam versi Korea. Read more →

(HIBURAN) Soroti perjalanan dan cabaran 13 selebriti popular tanah air dalam dunia perniagaan

astro artis meniagasmall

Istimewa bulan Ogos ini, pihak Astro Ria dengan berbesar hati membawakan sebuah lagi program realiti terbaru berjudul Selebriti Bizz yang bakal mengajak para penonton untuk menyusuri kehidupan seharian selebriti-selebriti terkenal tanah air yang terlibat dalam bidang perniagaan. Program ini boleh ditonton menerusi saluran 104 pada setiap hari Selasa, jam 9.30 malam bermula pada 27 Ogos 2013. Read more →