Tag: Di

(SEMASA) OPPO Umumkan Find 7, Telefon Paparan 2K 5.5 Inci Pertama di Dunia

OPPO Find 7 Launch

OPPO Electronics Sdn Bhd hari ini mengumumkan penampilan kali pertama di Malaysia telefon perdana keluarannya dalam siri Find, iaitu Find 7 – peranti 4G/LTE pertama daripada OPPO yang juga menyokong resolusi Quad HD. Telefon ini telah diumumkan kepada pasaran dunia pada Mac lalu di Beijing.  Read more →

(SEMASA) TV Skrin Melengkung OLED yang Pertama di Dunia Diperkenalkan pada Pameran Produk LG Malaysia

 LG_04

LG Electronics Malaysia (LG) mengukuhkan penguasaannya dalam segmen hiburan dan perkakasan di rumah apabila memperkenalkan rangkaian produk yang menampilkan teknologi terkini dan paling inovatif. Diterajui oleh TV dengan skrin melengkung OLED (Curved OLED TV) yang pertama di dunia, acara pameran produk bertemakan “With LG, It’s All Possible” membuktikan komitmen LG dalam menawarkan nilai serta pengalaman berbeza dalam rangkaian produknya yang cukup luas. Read more →

(SEMASA) PENGAKUAN BANDUAN DI SEGMEN ‘MESEJ DARI PENJARA’ – KERJASAMA TV3 DAN JABATAN PENJARA MALAYSIA PECAH TRADISI SEJARAH PENYIARAN TV MALAYSIA

WHI - Mesei Dari Penjara

Wanita Hari Ini (WHI) merupakan program bual bicara yang bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 12.00 tengahari hingga 1.00 petang mengkhususkan topik-topik kaum hawa yang merangkumi isu kewanitaan, kekeluargaan, kesihatan, keinsafan dan fesyen. Dikendalikan oleh barisan pengacara seperti Hasfizza Sabjahan, Azizah Ariffin, Nor Azzura Azizul Azman, Hazrena Kassim, Teh Syuhaida Sarip, Irin Putri Azmi dan Nabihah Rosdi, WHI terus menjadi pilihan dan rujukan utama golongan wanita di negara ini selepas 13 tahun program ini disiarkan. Read more →

(SUKAN) PRUDENTIAL ASTRO MASTERS 2014 KEMBALI DENGAN KEMUNCAK PUSINGAN GRAND FINAL DI HO CHI MINH

PAM2014_3

Prudential Astro Masters 2014 selaku kejohanan golf amatur terbesar dan paling berprestij di Malaysia kembali untuk tahun ke-17 penganjurannya lantas terus membuka peluang buat para pemain golf Malaysia menguji kemahiran mereka di pelbagai lapangan golf terbaik negara. Kejohanan golf yang berlangsung sepanjang lima bulan ini akan membawa peserta pusingan Grand Final berentap merebut kejuaraan di dua lapangan golf terindah dan diiktiraf di Ho Chi Minh, Vietnam. Read more →

(HIBURAN) AMERICAN IDOL kini bersiaran di ntv7

image003small

Tiada siapa yang mampu menyangkal bahawa rancangan realiti siri pertandingan nyanyian yang terkenal di seluruh dunia, American Idol telah berjaya mencipta ramai penyanyi hebat. Antaranya Kelly Clarkson yang telah 3 kali memenangi anugerah Grammy dan Philip Philips yang mempunyai lagu single hit terlaris berjudul “Home.” Ternyata produk yang dihasilkan siri berjaya mendapat tempat di industri muzik di seluruh dunia. Lantas ntv7 kini menyiarkan rancangan American Idol musim ke-13 buat tontonan rakyat Malaysia bermula 22 Mac lalu dan akan bersiaran setiap hari Sabtu, jam 8.30 malam. Read more →