Tag: bmb

(HIBURAN) Bintang Mencari Bintang 2 – CABARAN 23 BINTANG KINI BERMULA!

pagegmo

Pertarungan kini bermula! Setelah menyaksikan episod sesi uji bakat sebelum ini di TV3 yang mempamerkan pelbagai gelagat peserta yang ingin menjadi anak didik program Bintang Mencari Bintang musim kedua (BMB2), pastinya para penonton sudah tidak sabar untuk mengetahui peserta manakah yang akan bergelar anak didik kepada 6 Sifu iaitu Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Faizal Ismail (FBI), Saiful Apek, Adlin Aman Ramli dan Ebby Yus. Read more →

(HIBURAN) Bintang Mencari Bintang (BMB) BERMULA! “1 Solo & 11 Kumpulan Berentap Merebut RM 200,000”

Barisan Sifu dan anak didik BMB2

“Serata Galaksi Mencari Legasi”. Setelah melakar kejayaan besar dalam mengangkat martabat bidang sketsa komedi dan nyanyian ke peringkat lebih tinggi menerusi Bintang Mencari Bintang (BMB) musim pertama serta perkembangan kerjaya juaranya, Achey dan naib juara, Kumpulan Bochik, kini pihak TV3 dengan berbesar hati membawakan kembali program pencarian penghibur terunggul iaitu Bintang Mencari Bintang musim kedua! Sifu dan anak didik manakah pula yang bakal meraih gelaran juara Bintang Mencari Bintang untuk musim baru ini? Read more →

(HIBURAN) Sesi Uji Bakat Terakhir Bintang Mencari Bintang Di Kuala Lumpur Meriah

BMB (3)

Jenama program Bintang Mencari Bintang sudah meluncur laju tanpa memerlukan faktor penolak yang kuat. Tanpa disangka-sangka program realiti untuk mencari generasi pelapis penghibur yang berkebolehan dalam kedua-dua bidang iaitu sketsa komedi dan nyanyian ini mencetuskan fenomena global. Read more →

(HIBURAN) Konsert Akhir BMB Cecah 5 Juta Penonton

Logo BMB akhirsmall

Tahniah diucapkan kepada Achey (Mohd.Nasir Hamzah), anak didik kepada Harun Salim Bachik yang baru sahaja dinobatkan sebagai Juara Bintang Mencari Bintang (BMB) pada malam Ahad (23 Jun) yang lepas. Lebih teruja, kemuncak BMB berjaya meraih jumlah penonton tertinggi sebanyak 3.8 juta (16.2 TVR) atau 54.4% syer penonton. (sumber: Nielsen Audience Measurement) Secara pukal, kadar tontonan keseluruhan BMB Akhir telah mencipta rekod dengan tontonan mencecah hampir 5 juta sepanjang siaran dari jam 9.00 – 12.00 tengah malam pada 23 Jun yang lepas. Read more →

(HIBURAN) Bintang Mencari Bintang : Tiada Penyingkiran Di Separuh Akhir Ke-2

Kelima-lima anak didik mara ke separuh akhir ketiga setelah tiada penyingkiran pada minggu lalu

Program realiti Bintang Mencari Bintang melakukan kelainan apabila tidak ada penyingkiran berlaku di akhir program konsert separuh akhir kedua semalam. Sementara itu, anak didik Afdlin Shauki, Bochik mempamerkan persembahan bertenaga seterusnya memikat juri profesional, undian SMS dan juri awam dengan mendahului markah keseluruhan tertinggi 68 markah. Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap hari Ahad jam 9.00 hingga 10.30 malam, BMB membariskan 6 Sifu yang bukan calang-calang orangnya dalam industri hiburan iaitu Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Senario, Sabri Yunus, Raja Azura dan Faizal Ismail untuk mengetengahkan bakat baru dalam bidang sketsa komedi dan nyanyian. Read more →