Tag: TIADA PENYINGKIRAN DI

(HIBURAN) Bintang Mencari Bintang : Tiada Penyingkiran Di Separuh Akhir Ke-2

Kelima-lima anak didik mara ke separuh akhir ketiga setelah tiada penyingkiran pada minggu lalu

Program realiti Bintang Mencari Bintang melakukan kelainan apabila tidak ada penyingkiran berlaku di akhir program konsert separuh akhir kedua semalam. Sementara itu, anak didik Afdlin Shauki, Bochik mempamerkan persembahan bertenaga seterusnya memikat juri profesional, undian SMS dan juri awam dengan mendahului markah keseluruhan tertinggi 68 markah. Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap hari Ahad jam 9.00 hingga 10.30 malam, BMB membariskan 6 Sifu yang bukan calang-calang orangnya dalam industri hiburan iaitu Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Senario, Sabri Yunus, Raja Azura dan Faizal Ismail untuk mengetengahkan bakat baru dalam bidang sketsa komedi dan nyanyian. Read more →