Persembahan protégé Amy Search, Maishara Fazny Binti Mahadzir, atau lebih dikenali sebagai Sarah telah memberi satu impak mega kepada Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral malam semalam. Melalui persembahan lagu Chandelier dari Sia dan persembahan duet bersama Amy Search dengan lagu Fantasia Bulan Madu, Sarah berjaya menarik perhatian Azmeer dan Adlin Aman Ramli selaku juri professional, juri awam, dan penonton Mentor Legend lantas meraih persembahan terbaik dengan markah keseluruhan 70/100, malam itu. Kedua-dua Mentor dan Protégé berjaya membawa pulang sebuah komputer riba berjenama HP setiap seorang. Read more →
Tag: tv3
(SEMASA) DA’I MUSIM KE-2: PERJUANGAN PENDAKWAH MILENIA BERMULA
Seiring perkembangan teknologi yang lebih moden dan mudah, cara untuk menyampaikan dakwah secara berkesan perlulah mempunyai kepelbagaian dan pendekatan yang lebih mendekati jiwa agar dapat menarik minat masyarakat mendalami ajaran Islam terutamanya golongan muda. Penerimaan memberangsangkan yang diterima daripada para penonton bagi musim pertama penganjuran program realiti keagamaan TV3, Da’i, yang memartabatkan status pendakwah muda diteruskan lagi untuk musim kedua. Read more →
(SEMASA) PENGAKUAN BANDUAN DI SEGMEN ‘MESEJ DARI PENJARA’ – KERJASAMA TV3 DAN JABATAN PENJARA MALAYSIA PECAH TRADISI SEJARAH PENYIARAN TV MALAYSIA
Wanita Hari Ini (WHI) merupakan program bual bicara yang bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 12.00 tengahari hingga 1.00 petang mengkhususkan topik-topik kaum hawa yang merangkumi isu kewanitaan, kekeluargaan, kesihatan, keinsafan dan fesyen. Dikendalikan oleh barisan pengacara seperti Hasfizza Sabjahan, Azizah Ariffin, Nor Azzura Azizul Azman, Hazrena Kassim, Teh Syuhaida Sarip, Irin Putri Azmi dan Nabihah Rosdi, WHI terus menjadi pilihan dan rujukan utama golongan wanita di negara ini selepas 13 tahun program ini disiarkan. Read more →
(SEMASA) INNERSHINE® DAN TV3 SANJUNGI WANITA
Minuman kecantikan kesukaan ramai InnerShine® berganding bahu dengan TV3 menerbitkan 8 episod selama 30 minit setiap satu, bertajuk “Terima Kasih, Sayang” yang merakamkan penghargaan terhadap wanita yang telah banyak berjasa dalam kehidupan individu-individu tertentu. Read more →





