Tag: pierre andre

(HIBURAN) Majlis Pelancaran OST, Trailer Dan Di Sebalik Tabir Filem Dajal Satu Malam diPedajal

GSC The Starling Mall, Petaling Jaya, 8 Januari 2025 – Majlis Pelancaran OST, Trailer dan Di Sebalik Tabir Filem Dajal (Satu Malam diPedajal) disambut meriah dengan kehadiran barisan pelakon filem, rakan media, Blogger , Influencer dan para tetamu. Majlis ini digemparkan dengan Persembahan Secara Langsung OST, tayangan perdana Lirik Video, Special Trailer dan Di Sebalik Tabir Filem Dajal (Satu Malam diPedajal) secara EKSKLUSIF buat para tetamu yang hadir pada petang tersebut. Read more →

(HIBURAN) JANGAN PANDANG BELAKANG …AKU TAHU ASAL USULMU

19 November 2024, GSC The Starling Mall, Petaling Jaya – Majlis Malam Gala Filem Jangan Pandang Belakang … Aku Tahu Asal Usulmu disambut meriah dengan kehadiran rakanmedia, blogger, influencer dan para tetamu jemputan. Majlis yang diadakan secara besar besaran ini merupakan satu signifikan COMEBACK MIG selepas 7 tahun menyepi dalam menerbitkan filem dengan judul terakhirnya Kolestrol VS Cinta. Meskipun perlu mengambil masa yang lama, CEO MIG, David Teo menjelaskan beliau perlu mengambil kira dari segala aspek sebelum kembali aktif dan menemui kecemerlangan seperti dahulu. Read more →

(HIBURAN) “Adnan Sempit Sawadikap” satu kelainan

Adnan Sempit SawadikapGMO

MIG melakar sejarah buat pertama kalinya di dalam industri perfileman Malaysia apabila menjadi syarikat pertama menerbitkan filem sekuel sehingga siri ke 4. Filem “Adnan Sempit” merupakan antara lubuk terbaik penerbitan MIG yang tidak pernah mengecewakan dengan menjana kutipan yang besar setiap kali ditayangkan. Filem ini bermula dengan kejayaan kutipan RM7.6 juta untuk ‘Adnan Sempit’ , diikuti dengan sekuel ke 2 iaitu ‘Adnan Sempit 2’ yang menjana kutipan lebih cemerlang sekitar RM9.5 juta dan ‘Adnan Sempit 3 ‘ menjana kutipan bersih sekitar RM4.8 juta.  Masih mengekalkan gandingan asal antaranya seperti Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Along Cham dan Yana Shamsudin disamping penampilan istimewa bakat dari Thailand iaitu aktres, Lalisa Sontirod. Hampir 95 % proses pengambaran ini dilakukan di kotaraya Bangkok, Thailand. Read more →

(HIBURAN) LANGKAH KANAN MIG DI TAHUN 2014

Mig2014-1

Jika disebut nama David Teo, dia amat sinonim dengan petikan pantun dalam bentuk 2 rangkap setiap kali mengakhiri ucapan setiap majlis atau malam tayangan perdana setiap filem keluaran MIG. Seorang ahli perniagaan merangkap penerbit/ketua pegawai eksekutif Metrowealth (MIG) tidak penah lokek dengan senyuman setiap kali beramah mesra dengan tetamu, rakan media dan juga peminat-peminat tegar filem keluaran syarikat MIG dan seringkali bersikap optimis terhadap cabaran dalam dunia penerbitan filem dan drama di Malaysia. Jika penerbit-penerbit lain bersikap berhati-hati dalam penerbitan atau pembuatan filem, Mejar (K) David Teo senangtiasa yakin dengan hala tuju penerbitan syarikat beliau iaitu Metrowealth (MIG). Read more →