Tag: Diana Amir

(HIBURAN) “Adnan Sempit Sawadikap” satu kelainan

Adnan Sempit SawadikapGMO

MIG melakar sejarah buat pertama kalinya di dalam industri perfileman Malaysia apabila menjadi syarikat pertama menerbitkan filem sekuel sehingga siri ke 4. Filem “Adnan Sempit” merupakan antara lubuk terbaik penerbitan MIG yang tidak pernah mengecewakan dengan menjana kutipan yang besar setiap kali ditayangkan. Filem ini bermula dengan kejayaan kutipan RM7.6 juta untuk ‘Adnan Sempit’ , diikuti dengan sekuel ke 2 iaitu ‘Adnan Sempit 2’ yang menjana kutipan lebih cemerlang sekitar RM9.5 juta dan ‘Adnan Sempit 3 ‘ menjana kutipan bersih sekitar RM4.8 juta.  Masih mengekalkan gandingan asal antaranya seperti Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Along Cham dan Yana Shamsudin disamping penampilan istimewa bakat dari Thailand iaitu aktres, Lalisa Sontirod. Hampir 95 % proses pengambaran ini dilakukan di kotaraya Bangkok, Thailand. Read more →

(HIBURAN) LANGKAH KANAN MIG DI TAHUN 2014

Mig2014-1

Jika disebut nama David Teo, dia amat sinonim dengan petikan pantun dalam bentuk 2 rangkap setiap kali mengakhiri ucapan setiap majlis atau malam tayangan perdana setiap filem keluaran MIG. Seorang ahli perniagaan merangkap penerbit/ketua pegawai eksekutif Metrowealth (MIG) tidak penah lokek dengan senyuman setiap kali beramah mesra dengan tetamu, rakan media dan juga peminat-peminat tegar filem keluaran syarikat MIG dan seringkali bersikap optimis terhadap cabaran dalam dunia penerbitan filem dan drama di Malaysia. Jika penerbit-penerbit lain bersikap berhati-hati dalam penerbitan atau pembuatan filem, Mejar (K) David Teo senangtiasa yakin dengan hala tuju penerbitan syarikat beliau iaitu Metrowealth (MIG). Read more →

(SEMASA) PROGRAM-PROGRAM TERBARU 2014 DI RAUDHAH LIN NISA’ TV9

RAUDHAH (2)

Pada 23 Disember yang lalu, telah berlangsung sidang media untuk memperkenalkan hos-hos baru program Raudhah Lin Nisa’ di TV9.   Bagi mengukuhkan lagi penjenamaan Raudhah di TV9 pada tahun 2014, Raudhah Lin Nisa’ merupakan satu jenama baru yang menghimpunkan program-program hiburan berbentuk ilmiah di TV9 yang dikhaskan untuk golongan wanita.  Antara program yang akan berada di bawah penjenamaan Raudhah Lin Nisa’ adalah Tanyalah Ustazah, Hijab Stailista, SIS, Shoutul Quran dan Safiyya. Read more →

(HIBURAN) Filem Salam Cinta

Filem Salam Cinta ini mengisahkan mengenai AMIRUL, seorang pelakon terkenal di Malaysia yang suka berpoya – poya. Kehidupan Amirul yang penuh dengan glamor telah menyebabkan Amirul bersikap sambil lewa dalam hal – hal agama. SHUIB merupakan pengurus kepada Amirul yang sering mencuba apa sahaja dalam memastikan kerjaya Amirul sentiasa berada di puncak, sehingga sanggup menerima tawaran sebuah produksi yang mahukan Amirul berlakon sebagai seorang ustaz. Read more →