Tag: Mikail Andre

(HIBURAN) “Adnan Sempit Sawadikap” satu kelainan

Adnan Sempit SawadikapGMO

MIG melakar sejarah buat pertama kalinya di dalam industri perfileman Malaysia apabila menjadi syarikat pertama menerbitkan filem sekuel sehingga siri ke 4. Filem “Adnan Sempit” merupakan antara lubuk terbaik penerbitan MIG yang tidak pernah mengecewakan dengan menjana kutipan yang besar setiap kali ditayangkan. Filem ini bermula dengan kejayaan kutipan RM7.6 juta untuk ‘Adnan Sempit’ , diikuti dengan sekuel ke 2 iaitu ‘Adnan Sempit 2’ yang menjana kutipan lebih cemerlang sekitar RM9.5 juta dan ‘Adnan Sempit 3 ‘ menjana kutipan bersih sekitar RM4.8 juta.  Masih mengekalkan gandingan asal antaranya seperti Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Along Cham dan Yana Shamsudin disamping penampilan istimewa bakat dari Thailand iaitu aktres, Lalisa Sontirod. Hampir 95 % proses pengambaran ini dilakukan di kotaraya Bangkok, Thailand. Read more →

(HIBURAN) LANGKAH KANAN MIG DI TAHUN 2014

Mig2014-1

Jika disebut nama David Teo, dia amat sinonim dengan petikan pantun dalam bentuk 2 rangkap setiap kali mengakhiri ucapan setiap majlis atau malam tayangan perdana setiap filem keluaran MIG. Seorang ahli perniagaan merangkap penerbit/ketua pegawai eksekutif Metrowealth (MIG) tidak penah lokek dengan senyuman setiap kali beramah mesra dengan tetamu, rakan media dan juga peminat-peminat tegar filem keluaran syarikat MIG dan seringkali bersikap optimis terhadap cabaran dalam dunia penerbitan filem dan drama di Malaysia. Jika penerbit-penerbit lain bersikap berhati-hati dalam penerbitan atau pembuatan filem, Mejar (K) David Teo senangtiasa yakin dengan hala tuju penerbitan syarikat beliau iaitu Metrowealth (MIG). Read more →

(HIBURAN) Filem “Kisah Paling Gengster”

poster SMALLcrop

Sinopsis :

Remy (Shaheizy Sam) bekerja sebagai seorang paramedik yang pendiam, pemalu dengan perempuan, dan sentiasa dibuli oleh rakan sekerjanya. Pada masa yang sama, seperti ramai pemuda lain, dia juga kesempitan wang. Pendek kata: Remy seorang loser. Sehinggalah hari Remy selamatkan nyawa seorang ketua kongsi gelap bernama Megat. Sebagai balasan, Megat menawarkan peluang kepada Remy untuk menganggotai kumpulannya, tetapi Remy menolak. Namum setelah diugut, Remy akhirnya terpaksa menurut. Kalau dulu Remy seorang loser kini dia bangkit semula sebagai seorang gangster… lantas terjerumus ke dalam sebuah dunia gelap, tanpa jalan keluar… Read more →